Thursday, September 2, 2010

Ramadhan yang Memang Mulia

Suatu Hari, saya terlihat status Yahoo Messenger seorang rakan. statusnya berbunyi, "Ramadhan, Bulan Mulia". Lalu akal teringat mesej pesanan ringkas yang diterima pada malamnya. Berbunyi, "Macam mana Ramadhan awak?". dan diri ini hanya mampu menjawab, "Entahlah, Allah yang nilai. Ikutkan belum sempurna..."

Status itu membuatkan hati sayu...
Saya menghantar mesej YM.

"Assalamu 'alaikum"

"Waalaikum salam"

"Ya, Ramadhan sememangnya mulia. Tapi adakah manusia itu menjadi mulia selepas Ramadhan?" keluhan hati... panjang diri ini berfikir... Pertanyaan itu ditujukan pada diri sendiri...

"Sudah pasti tidak semua... mengharap pada yang terbaik"

Ya, mengharap yang terbaik. Adakah harapan bakal tercapai akhirnya di hujung hari? di hujung bulan?

Dalam perlumbaan menyambut raya,
akal terlupa pada hari-hari yang tersisa,
al-qadar, kita masih belum bersua,
Allah, jangan biar aku alpa...
Sunyi... angin bertiup lembut...

3 comments:

  1. Subhanallah, walhamdulillah, Allahu Akbar.. Tuhan yang menciptakan Ramadhan dan mengurniakan lailatulqadar..

    Rasa sekejap sangat kan Ramadhan.. Dah nak meninggalkan kita.. Hmm, adakah saya akan menjadi mulia selepas Ramadhan.. Dan berpuluh Ramadhan jumpa, tapi..

    Narated By 'Aisha : The most beloved action to Allah's Apostle was that whose doer did it continuously and regularly. HR Bukhari

    Istiqamah.. Moga berterusan.. Saling mengingatkan ya..

    post script: Cantik gambar atas tu.. anak2 Kuala Mu?

    -Jundah-

    ReplyDelete
  2. Andai kita menganggap Ramadhan medan mujahadah, berjuang dengan diri sendiri, maka kita harus terus berjuang ibarat di medan perang hingga ke titisan darah terakhir untuk menang. Menang itu bukanlah 1 syawal, tetapi menang itu ialah pada jiwa yang merdeka dari segala perhambaan selain Allah!!!

    ReplyDelete
  3. insyaAllah.. Allah musta3an..


    ~Jundah

    ReplyDelete