Saturday, September 25, 2010

Peribadi 2

Kolak-kalik dari buku Peribadi, terfikir untuk meroka peribadi diri. inilah analisis peribadiku:

Analisis mengikut kiraan tarikh lahir:

Nombor lahir: 1

Analisis: Dari dulu memang suka kepada nombor satu, tak tahu kenapa. Baju jersi dibuat nama “ONE” dan dibawahnya tulisan nombor satu. Emel dan blog juga ada “ONE”. Tapi, dalam pelajaran dapat nombor satu memang tak. Sukan jauh sekali, nombor satu dari belakang… Pancit… Kesukaan kepada nombor ”1” lama kelamaan membuatkan diri berfikir. “1” merujuk kepada “Ahad”. Tiada lain hanya Yang Esa, penafian kepada yang lain selain Tuhan yang satu. Maka, diletakkan tekad, moga dengan kesukaan kepada “1” sentiasa mengingatkan diri untuk kembali kepada satu-satunya Tuhan dan satu-satunya tempat bergantung.

2. Sifat: Ketulenan

Analisis: Apa yang tulen? Kulit gelap yang tulen? Ha ha ha. Barangkali ketulenan pada “menjadi diri sendiri”. I am what I am. Aku adalah aku. Aku suka untuk melihat dasar atau erti sebenar pada suatu hal. Erti sebenar dihidupkan, erti sebenar diri, dasar perjuangan dalam diri dan proses mencari itu berterusan… mencari ketulenan pada apa yang hadir… bukan kepura-puraan… erm, anda rasa betulkah aku begini?

3. Hadir dengan idea baru

Analisis: Ya kah? Buntu mencari idea… Menagih ilham dari Tuhan…

4. Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri

Analisis: Tak dapat satu cara, cari cara lain. Ada banyak jalan… seperti lagu Frank Sinatra, My Way

5. Anda merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi

Analisis: Jujur? Sesekali bila terlalu jujur menyakitkan hati orang pula, tapi tidak jujur pun sakit juga… Diplomasi payah nak diterapkan dalam diri. Ada orang kata, aku fikir dan putus seorang diri saja… ya kah? (T,T) barangkali kerana sifat yang di bawah ini…

6. Anda suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasaannya adalah pemimpin atau boss

Analisis: Ha ha ha yang paling aku suka jadi boss! Give Orders! Macam pegawai tentera. Give the best of what you have… (tapi nampaknya sifat ni tak menentu juga dalam diri. Bila si M datang, MALAS memanjang…

7. Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik Anda

Analisis: Agak-agak apa kerja yang sesuai? Ha ha Berternak ikan, ayam, itik, kambing, lombu dan kobau seperti kawan dari selatan Malaya.

Yang ini keterangan berdasarkan bulan. Yang ini siapa-siapa yang hendak nilai diri aku silakan jawab sama ada Ya, Sedikit atau Tidak pada komen (Kalau rajin). Cth: 1. Ya 2. Tidak 3. Sedikit

1. Suka berlawak (Ya / Sedikit / Tidak)

2. Mudah tertawan kepadanya

3. Sopan santun

4. Caring terhadap orang lain

5. Berani dan tidak tahu takut

6. Orangnya agak tegas

7. Bersikap kepimpinan

8. Pandai pujuk orang lain

9. Terlalu pemurah

10. Bersikap ego

11. Nilai harga diri yang sangat tinggi.

12. Dahagakan pujian

13. Semangat juang yang luar biasa

14. Cepat marah & mudah mengamuk

15. Mudah marah apabila cakapnya dilawan

16. Sangat cemburu

17. Daya pemerhatian yang tajam & teliti

18. Cepat berfikir

19. Fikiran yang berdikari

20. Suka memimpin & dipimpin

21. Sifat suka berangan

22. Berbakat dalam seni lukis

23. Hiburan & silat

24. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk

25. Cepat apabila ditimpa penyakit

26. Belajar untuk relaks

27. Sikap kelam kabut

28. Romantik

29. Pengasih, penyayang

30. Suka mencari kawan

Sila tambah nasihat anda pada penulis jika ada.

Terima kasih kerana membaca artikel kali ini. Kepentingan mengenal diri mampu membantu diri memanfaatkan kekuatan dan memperbaiki kelemahan untuk menjadi manusia yang berfungsi secara optimum!

Peribadi

Buku bertajuk “PERIBADI” tulisan Prof. HAMKA sangat seronok untuk dibaca. Buku yang diterbitkan oleh Pustaka Dini ini bercerita tentang apakah peribadi itu, peribadi apa yang menjadikan tokoh-tokoh dunia hebat, bagaimana peribadi dibentuk dan pelbagai perkara tentang peribadi diri. Buku yang sesuai bagi mereka yang mahu meneroka diri dan mencari kekuatan membina peribadi. Buku ini dibeli oleh diri ini kerana terpedaya dengan “helah” seorang rakan yang membuat jualan buku saat telinga dan hati sedang khusyu’ menghayati puisi derita Palestin.

“Sheikh, mari jenguk-jenguk apa yang ana ada. Ana ada perkara baik untuk anta”

“Apa dia?”

“Pelaburan yang mampu meningkatkan diri. Ana ada jual buku sikit. Tengok dulu, kot-kot berkenan, tak berkenan tak pa” pujuk rakan dari utara ini.

“Erm, boleh-boleh”. Bila dengar perkataan “BUKU” hati terus tertawan. Buku-buku yang dihidangkan ialah koleksi Prof HAMKA yang sedang dicari-cari. Cuma buku sasaran “Pandangan Hidup Muslim” tiada. Buku Peribadi bersama dua lagi buku Prof HAMKA ‘disapu’. Buku ini dibawa pulang ke kampung untuk bacaan dan tanpa disangka-sangka menarik minat ramai orang. Pak Tam yang meminjam buku Peribadi saat diri tertidur di bangku, akhirnya memohon pada Abah untuk membelinya dariku. Abah kata, “Tak apa ambil je…” Satu-satunya buku Peribadi yang dalam diam-diam membantu orang lain pergi menjauh dariku… Ya Allah, redhakanlah hati ini… Engkau lebih Mengetahui…

(P/s: Siapa hendak buku ini?)

Monday, September 13, 2010

Visi Si Kecil

Raya, pulang ke kampung Raub. Karenah anak-anak sedara dan sepupu yang kecil-kecil terkadang mencuit hati. Abdullah Hadi, sepupu yang berumur dua tahun. Meskipun dua tahun tapi petah berkata-kata dalam pelatnya. pelat kedah. Anak yang lahir di negeri jelapang padi. Tempat permainannya adalah bendang. Hadi, punya satu sikap yang sangat aku gemari. sikap yang membuatkan aku teringat pada iklan raya Murai. Hadi, dia sangat suka bertanya dan dari pertanyaannya dia cepat belajar perkataan baru dan perkara baru.

“Abang! Abang! Ni apa ni?” tangan Hadi menunjuk pada gambar ikan pada baju yang dipakai aku.

“itu ikan”

“Ikan... Abang! Abang! Ni apa ni?” Hadi tanya lagi. Tangannya masih menunjukkan gambar ikan.

“Ikan...”

“Oh, Ikan... Abang! Abang! Ni apa ni?” sekali lagi Hadi tanya. Gambar ditujuknya masih lagi ikan.

“itu... Ikan...”

“Abang! Abang! Ni apa ni?” kali ini Hadi menunjuk kepada gambar penyu yang menjadi gambar utama pada baju aku.

“Penyu”

“Penyu” Hadi mengajuk.

“Tengok! Tengok! Penyu berenang!” Baju aku goyang-goyangkan bagi menunjukkan penyu yang berenang. Hadi ketawa. Dalam menjawab dan bermain itu, aku terasa seronok. Saat itu hati mula memahami perasaan seorang bapa dalam Iklan Raya Burung Murai. Selama ini cuma memahami nilai disebaliknya adalah kesabaran tetapi tidak memahami perasaan sebenar seorang bapa menjawab soalan anaknya berulang-ulang kali. Melayan Hadi, meskipun tidak faham dan cuba faham apa yang dicelotehkannya, aku sering mengiyakan dan menidakkan, ya... haah... ok... tidak... “Abang! Ayam! O kok kok kok!” “Haah... ayam...”

Hadi juga suka berselawat. Selawat dawam yang sering didendangkannya. “Abang nak endoi*!” “Nak endoi? Ok, jom!” berendoi la Hadi. Aku pun mengalunkan selawat dawan sambil Hadi mengajuk dalam pelatnya. Oh, senangnya hati melihat si kecil ini.

Suatu malam, di malam raya kedua, aku ke dapur lalu berkata pada Mak Usu.

“Mak Usu, Hadi ni bagus ya. Berpandangan jauh. Kecil-kecil lagi dah ada visi”, aku menyuarakan pandangan.

“Berpandangan jauh? Macam mana tu?” Mak Usu terpinga-pinga. Orang lain yang berada di dapur juga terpinga-pinga. budak semuda dua tahun sudah berpandangan jauh? Pelik... memang pelik...

Melihatkan keadaan yang terpinga-pinga itu, aku pun bersuara, “Ye la, dah dari tadi dok* sebut-sebut je, nak cucu! Umi, nak cucu! Nak cucu!” berderai ketawa satu dapur! yang diminta nya SUSU, meskipun aku tahu dia meminta susu, tapi aku suka untuk melihatnya sebagai mahukan CUCU... Satu visi pembinaan generasi... seorang budak yang berpandangan jauh.... Ha! Ha! Ha! Ha!

Diselam jauh di sudut hati, aku belajar sesuatu dari Hadi, seorang kanak yang berumur dua tahun yang air liur selalu meleleh membasahi bajunya kerana bercakap selalu.

Belajarlah tanpa berterusan! Bertanyalah tanpa henti selagi tidak faham! Jangan malu! biarpun berulang-ulang kali! Teruskan bertanya untuk memperolehi kefahaman meskipun dimarahi, kerana kepuasan itu ada pada diri sendiri! Kefahaman itu yang akhirnya membentuk peribadi diri!

(Endoi = Buai, dok = asyik)

Wednesday, September 8, 2010

Wahai Si Gadis





Wahai gadis,

Dirimu adalah untuk DIA dan dia

Wahai gadis,

Kau adalah milik DIA,

DIA itu adalah Tuhanmu,

Tempat kembalimu, yang menciptakanmu,

Tuhan yang mengangkat martabatmu

Andainya kau bertaqwa,

Allah menyediakan dia yang soleh,

Andai kau menjadi solehah,

DIA Allah yang mengetahui segala,

Isi hati, perasaan dan cintamu,

Berikanlah hatimu pada Yang Maha Pencinta

Yang Maha Pengasih

Kerana jika kau memberi hatimu untuk cintaNYA

Kau akan mencintai apa yang ada,

Apa yang kau perolehi dan,

DIA akan menyuburkan cintamu pada DIA dan dia…

Wahai gadis,

Kau umpama permata berlian,

Tiada ternilai kau,

Tersimpan rapi khusus bagi dia,

Kau adalah untuk dia,

Hanya untuk dia,

Hanya dia yang layak,

Menatap keayuanmu,

Dia yang layak memuji kecantikanmu,

Dia yang pantas membelai dan memeliharamu,

Kau peliharalah harga diri dan nilaimu,

Supaya saat bahagiamu diperolehi si dia,

Si dia yang menundukkan pandangan,

Si dia yang menjaga kesuciannya hanya untukmu,

Dia itu bernama suami…


(Catatan: Puisi ini khusus untuk kalian wahai si gadis, kerana aku sangat menghargai harga diri seorang wanita. keayuan, kecantikan, kemanisan senyuman yang hanya untuk dia. Khas buat seorang suami.)

Thursday, September 2, 2010

Ramadhan yang Memang Mulia

Suatu Hari, saya terlihat status Yahoo Messenger seorang rakan. statusnya berbunyi, "Ramadhan, Bulan Mulia". Lalu akal teringat mesej pesanan ringkas yang diterima pada malamnya. Berbunyi, "Macam mana Ramadhan awak?". dan diri ini hanya mampu menjawab, "Entahlah, Allah yang nilai. Ikutkan belum sempurna..."

Status itu membuatkan hati sayu...
Saya menghantar mesej YM.

"Assalamu 'alaikum"

"Waalaikum salam"

"Ya, Ramadhan sememangnya mulia. Tapi adakah manusia itu menjadi mulia selepas Ramadhan?" keluhan hati... panjang diri ini berfikir... Pertanyaan itu ditujukan pada diri sendiri...

"Sudah pasti tidak semua... mengharap pada yang terbaik"

Ya, mengharap yang terbaik. Adakah harapan bakal tercapai akhirnya di hujung hari? di hujung bulan?

Dalam perlumbaan menyambut raya,
akal terlupa pada hari-hari yang tersisa,
al-qadar, kita masih belum bersua,
Allah, jangan biar aku alpa...
Sunyi... angin bertiup lembut...
There was an error in this gadget