Thursday, June 26, 2008

AGAH

Bila BERGERAK biar SEPANTAS ANGIN
Bila BERJAGA biar SETEGUH GUNUNG
Bila MENYERANG biar SEHEBAT API
Bila BERHENTI biar SESUNYI HUTAN

(Taktik perang xun zi)

Cucoq Kodoq Perspektif Orang Lama

Hang pi ambik pisang hak dok tepi guri tu,
Pisang tu masak ranum dah,
Hang pi ambik dia ramaih,
Lenyekkan bagi dia empukla ni pakai alat dia kan,
Tak ramaih macam dulu dah. dulu ramaih sampai keluaq celah-celah jari.
Ramaih pisang nak buat cucuq kodoq,
Tau cucuq kodoq ka?
Mak kita ni,dia tak bagi tau kat kita nak buh tepung apa.
Kita pun bukan kenai sangat,
Mana tepung jawi mana tepung gandum,
Tepung jawi ni tepung beras,
Dia pun ambik la tepung gandum,
Masukkan dalam pisang yang dok lenyekkan tadi,
Campuq garam sikit,
Buh, uli pa suma, nak buat cucuq kodoq.
Bayangkan kalau pisang ni dia campuq dengan tepung gandum,
Nak buat cucuq kodoq,
Jadi bulat tak?
Nih, cuba bayangkan nak jadi bulat tak?
Takjadi bulat, pasai apa?
Pasai dia lembut, tepung gandum dia lembut,
Tak macam mana tepung jawi,
Masuk pulak dalam pisang yang dilenyek lembut,
Cucuq kodoq tu tak jadi bulat,
Kalau tak bulat di kedah ni dia tak cucuq kodoq,
Dia tu jadi cucuq masin ka, cucuq apa ka,
Cucuq kodoq dia mesti bulat,
Macam mana nak jadi bulat?
Ha, kita tengok,
Nak buat cucuq kodoq pun kena ada ilmu,
Maknanya cucuq kodoq yang dimasukkan tepung jawi,
Nak kena adun banyak mana pisang,
Banyak manatepung,
Banyak mana garam,
Banyak mana air,
Kena pisang dah air banyak,
Dia buboh air banyak pulak nak bagi jadi bulat tak bulat jugak,
Masa jemput,
Nak taruh dalam kuali dalam belanga yang ada minyak panas tu,
Nak jemput tu,
Cara jemput tu pun kena ada teknik dia,
Bukannya jemput taruh jemput taruh,
Sat gi dia jadi cucuq apa tak tau,
Dia melekat habih,
Ha ni kata nak bagitau bahawa ILMU ni,
KENA BELAJAQ,
Bukan buleh kita tengok orang masak buleh kata,
Hah ala cuq kodoq ja pun,
Huh dalam pala, cuba buat tengok.
Kawan buat bulat macam guli tuh,
Kita heran macam mana buleh jadi bulat,
Kita tengok dia duk ayak,
Nak buat cucoq kodoq kena ada ilmu,
NAK BERAMAL KENA ADA ILMU,
NAK HIDUP NI KENA ADA ILMU,

(Tutur kata dari orang lama)

Friday, June 6, 2008

Kriteria Utama


“Benarkah perempuan yang sakit perlu dielakkan dari dinikahi? Maknanya saya ni tak layaklah bernikah kerana saya sering sakit?”

Itu adalah soalan dalam satu pesanan ringkas yang saya terima. Tersenyum saya membacanya. Nampaknya sudah timbul kekeliruan. Mari kita teliti...
Menurut Imam al-Ghazali, “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat mengikat kepalanya. Maka mengahwini wanita yang memperalatkan sakit atau mengahwini wanita yang membuat-buat sakit, tak adalah kebajikan padanya.
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising. (maknanya berleter)
(rujukan: kitab Ihya’ Ulumiddin, Imam Al-Ghazali, m/s 1155-1158, Pustaka Nasional Pte Ltd, 1988)
Pertama: apa yang dinyatakan Imam al-Ghazali boleh dikatakan diambil dari kebiasaan kerana dinyatakan dalam kitab itu, “berkata setengah orang arab”. Ini menunjukkan bahawa ciri-ciri itu adalah yang biasa dielakkan apabila memilih pasangan wanita. Walaupun demikian, tidak pula hal itu bercanggah dengan apa yang digariskan dalam Islam. Allah menyatakan dalam Quran,
“dan barang siapa yang tidak berkuasa (tidak mempunyai harta) di antara kamu untuk mengahwini perempuan merdeka yang beriman, hendaklah dia mengahwini hamba sahaya (iaitu) prempuan-perempuan muda yang beriman….” Surah An-Nisa: 25”
“dan hendaklah kamu kahwinkan orang-orang bujang di antaramu dan orang-orang yang saleh di antara hamba sahayamu lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan….” Surah An-Nur: 32
dan Rasulullah juga bersabda,
“wanita dikahwini kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Maka haruslah engkau dengan yang beragama. Jika tidak, niscaya melekatlah kedua tanganmu ketanah (miskin)” H.R Bukhari dan Muslim.
Pilih yang beragama, bermakna wanita yang bertaqwa, yang berakhlak mahmudah.
Kedua: kita lihat pada ciri Ananah yang telah menjadi kekeliruan. Ananah yang dinyatakan itu bukanlah ciri “sakit” iaitu berpenyakit. Makna yang sebenarnya mengikut huraian imam Al-Ghazali ialah banyak MENGELUH, MENGADU, BERPURA-PURA SAKIT, ATAU MEMPERALATKAN SAKIT. Jadi bukanlah sakit atau berpenyakit itu yang menjadi hal utama. Meskipun kemandulan (dikira sebagai penyakit) turut tersenarai sebagai kriteria dalam pemilihan bakal isteri seperti yang disenaraikan dalam Ihya’ Ulumiddin (begitu juga lebih kurang sebagaimana yang disenaraikan oleh Ibn Hajar al-Haythami in Sharh al-Minhaj):
1. agama
2. kelakuan
3. kecantikan
4. ringan mas kahwin
5. tidak mandul
6. perawan
7. keturunan yang baik
8. bukan keluarga terdekat
namun perkara itu tetap tidak diletak sebagai yang utama kerana sudah semestinya yang pertama adalah yang beragama, yang beriman. Itupun yang dinyatakan adalah penyakit mandul. Tidak pula disebut penyakit-penyakit yang lain.
Ketiga: seandainya ditakdirkan berpenyakit mandul, jangan bersedih. Bersabar dan ikhlas. Berdoa dan memohon pada Tuhan. Isteri Nabi zakaria (Surah Maryam: 2-15) dan isteri Nabi Ibrahim (Surah adz-Dzariyaat: 24-37) juga menghadapi ujian ini. Namun mereka tidak berputus asa kepada Allah. Sesungguhnya kuasa Allah mengatasi segalanya. Jadi, bukanlah hal ini menjadi perkara besar yang menghalang dari bernikah.
Penekanan yang pasti dalam al-Quran dan hadis ialah wanita yang bertaqwa. Jadi janganlah bersedih dan menganggap diri tidak layak berkahwin kerana disebabkan berpenyakit. Yakinlah Allah telah aturkan hal yang terbaik buat hambaNya yang bertaqwa. Sungguh Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Yang penting keimanan di hati tulus, ikhlas kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim
*Jika ada sebarang kesalahan atau kesilapan mohon ditegur. Terima kasih. Inilah peringatan buat diriku yang sering lupa.

Bukan Hasilnya


Teman mengapa kau kecewa?
Mengapa kau berputus asa?
Apakah kau rasa usahamu telah cukup?
Ikhtiarmu cukup hebat?
Bangun! Bangkit! Berdiri!
Melangkah! Berlari!

Ingatlah...
Apa sikap Nabi Nuh dalam melaksanakan perintah Allah?
Perintah menyeru kaumnya
Agar tidak datang azab seksa

Ya, Nabi Nuh segera melaksanakan,
Kau mahu tahu apa yang diserunya?
“Wahai kaumku,
sembahlah Allah,
bertakwa padanya dan taatiku.
Dia mengampuni dosa-dosa
dan memanjangkan umurmu sampai waktu yang ditetapkan,
sungguh sunnatullah tidak akan dapat ditangguh,
jika kau mengetahui”

Apakah baginda berputus asa?
Tidak sama sekali
Beratus tahun menyeru kaumnya
Usaha yang tidak mengenal erti penat lelah
Nuh berikhtiar dengan menyeru terang-terangan
Juga dengan cara terbuka dan diam-diam
Usaha! Usaha!

Tapi, kau tahu apa yang berlaku?
Kau tahu apa yang dibuat orang yang ingkar?
Kau mahu tahu perlakuan tidak sopan mereka?
Ya, mereka menutup telinga dengan anak jari.
Agar mereka tidak mendengar kebenaran utusan Allah
Mereka menutup bajunya ke wajah mereka
Supaya tidak terlihat wajah Nabi Nuh
Mereka itu amat sombong!

Sungguh itulah cabaran...

Minta ampunlah pada Tuhan, sungguh Dia maha pengampun, nescaya akan diberi nikmat padamu.


Inilah peringatan buat diriku yang lemah, tiada berdaya.

Penjara lebih baik




Bangkit! Bangkitlah!
Dunia belum kiamat!
Ini bukan kiamat!
Allah sedang berbicara dengan mu...
Allah sedang mengingatkan mu...
Untuk tidak sombong

Hati kecil bertanya, “Apa salah ku pada Allah?
Kenapa allah begitu tegar terhadapku?“
Hei! Istighfar! Istighfar kamu!
Ingat lagi siapa dirimu?
Apa yang telah kau lakukan selama ini?
Tidakkah kau sombong?
Kau merasa paling benar?
Kau merasa paling suci?
Bahkan di hadapan Tuhanmu sendiri

Ingat kisah Nabi Yusuf A.S dan Zulaikha
Zulaika menuduh yusuf cuba memperkosanya
Padahal dia sendiri yang tidak tahan dengan ketampanan yusuf
Fitnah! Itu semua fitnah!
Zulaikha memfitnah Nabi Yusuf memperkosa dia!
Hingga Nabi Yusuf dipenjara...
Tetapi, apakah Nabi Yusuf memberontak?
Tidak, Nabi Yusuf tahu Allah sedang berbicara kepadanya

Kau mahu tahu apa yang dikatakan Nabi Yusuf?
Kau mahu tahu apa yang dikatakan Nabi Yusuf?
Kata baginda...
Ya Allah jika memang kehidupan penjara lebih beerti bagiku daripada dunia luar
Maka aku lebih memilih untuk tinggal dipenjara...
Tapi dekat denganMu...
Daripada aku hidup bersama manusia pendusta
Saat kesukaran melanda, tika ujian berat menimpa, waktu itu...
Allah sedang berbicara kepadamu tentang sabar dan ikhlas
Ya, tentang SABAR dan IKHLAS...

*sebahagian dialog sebuah cerita, Ayat-ayat Cinta. Fikirkan...


Inilah peringatan buat diriku yang sering melupakan Tuhan.