Friday, May 20, 2011

Mengabdi

Suatu hari, seorang teman bertanya khabar pada saya.

“Salam, sihat?” soalnya.

“Sihat” jawab saya ringkas.

“Abang Wan, buat apa ya sekarang?” Tanya teman ini lagi. Selepas selesai pengajian, agak lama juga tidak berbual dengan dia.

“Tengah “chat” dan melayari internet”. Saya berseloroh. Sememang saya sedang melayari internet dan “chatting” dengannya.

“Lama rasa tak berborak dengan abang Wan”, katanya tanpa peduli pada seloroh saya. Teman ini sudah biasa dengan perangai saya.

“Ya kah? Hendak borak apa?”. Teman saya ini memang rajin bercerita dengan saya.

“tak ada apa lah”, jawabnya pendek.

“Ustaz Pahrol Mohd Juoi ada menulis buku baru dah sudah diterbitkan oleh Telaga Biru. Tajuknya Apabila Beduk Diketuk”, pantas saya bercerita bagi memulakan topic perbualan. Namun teman ini hanya tersenyum dan bertanya semula soalan yang tadinya.

“Abang Wan buat apa ya sekarang”, dia benar-benar mahu tahu apa yang saya lakukan.

“Maksud saya, kerja?”, jolok beliau agar saya tidak berseloroh.

“Ya, kerja. Berusaha untuk mengabdi”. Sengaja saya menjawab begitu.

“Hah? Tak faham”

“Berusaha untuk menjadi hamba pada setiap tindakan dan amal. Berusaha untuk ber”ibadah”. "Ibadah" itu ertinya "mengabdi". Mengabdi ertinya memperhambakan diri”. Saya memberi penjelasan.

“Oh, okey”, dia tersenyum.

“Setiap kali hendak berbuat sesuatu, berfikir kerana apa aku berbuat semua ini. Jadi perkara pertama betulkan niat. Mari kita sama-sama berusaha mengabdi ya!” Saya menambah.

“Mmm!”

“Mengabdi hanya pada Yang Satu!”, tegas saya.

Sejak mula bekerja, terasa lain dalam kehidupan. Saya banyak merenung… sebab apa. Sentiasa meyakinkan dan menguatkan hati untuk ikhlas. Setiap saat mesti dijadikan pengabdian pada Allahu Ahad. Berhenti dari mengeluh dan mula banyak berfikir positif.

Sunday, May 15, 2011

KENAPA MAKAN, BAGAIMANA MAKAN DAN MAKAN APA?


Suatu hari semasa berada di rumah, bersiaranlah satu rancangan makan-makan. Macam-macam makanan ditunjukkan. Semuanya dikatakan sedap oleh pengacara. Makan itu makan ini. Tiba-tiba akal berfikir, asalnya makan dan makanan itu adalah keperluan. Mahupun bagi manusia ataupun haiwan. Namun, kini kelihatannya makan dan makanan bukan lagi keperluan bagi manusia. Hanya kekal menjadi keperluan bagi haiwan. Makan dan makanan seakan sudah menjadi perkara kehendak. Dari daruriyat menjadi hajiyat. Zaman ini orang bertanya, nak makan apa? Apa yang sedap? Nak makan di mana? Nak makan bila?

Waktu makan juga sudah tiada hadnya. Setiap masa boleh makan asalkan perut rasa nak makan. Atau sekadar nak makan saja-saja. Pernah sekali saya dengar dari radio IKIM, tetamu jemputan slot radio itu berkata, “antara faktor ramai manusia sakit ialah makanan yang boleh didapati 24 jam”. Saya tambah pula, termasuklah jenis makanan tertentu yang boleh didapati 24 jam. Ha! Ha! Ha!

Dahulu dan Sekarang

Dulu, lepas makan malam dah takde orang masak atau makan jam 2 3 pagi. Tapi sekarang lebih dari 2 3 pagi pun ada. Dulu nasi lemak atau roti canai jumpa pagi-pagi je, jam 8 pagi ke 10 pagi. Tapi zaman ni, pagi-pagi buta pun ada, jam 2-3 pagi. Makanan yang berkalori tinggi yang orang makan sebelum pergi kerja ni, sekarang orang makan sebelum nak tidur. Mana tak kadar obesiti tinggi dan penyakit pun banyak.

Tahap kesihatan manusia era moden ni rendah. Akhirnya, makanan itu yang disalahkan. Walhal manusia yang ada akal ni yang silap. Kenapa makan roti canai malam-malam atau pagi-pagi buta? Esok harinya makan lagi. Senamannya tak ada. Kalori dalam badan tak terbako! Ada juga yang minum air sejuk (minuman berais) pagi-pagi buta 2 3 pagi! Aduh! Rosak badan! Kasihan paru-paru! Sudahlah ais itu memang tak elok untuk diambil, ambil pula waktu yang sangat-sangat tidak kena!

Zaman nenek moyang kita dulu, mereka makan juga nasi lemak, pisang goreng, nasi goreng dan macam-macam lagi yang sekarang orang kategorikan sebagai ‘tak sihat’. Tapi kenapa mereka jarang-jarang sakit? Sebab mereka makan kemudian mereka berkerja kuat yang tinggi metabolismenya. Sekarang kita kita makan makanan yang sama kemudian kerja dalam tempat yang berhawa dingin. Banyak mana sangatlah metabolism badan kita? Sebab itu banyak penyakit yang berlumba-lumba datang ke dalam badan kita.

Atuk nenek kita juga makan makanan yang orang sekarang tak nak makan dah. Mereka juga kaya dengan petua-petua yang orang sekarang tak ikut dah. Perubahan zaman mendatangkan makanan yang sudah diubah genetiknya juga gaya hidup yang berubah, ‘diubah’ dan ‘paksa ubah’.

Pemilihan makanan

Orang-orang di Eskimo makan daging binatang yang berlemak sebab tempat mereka sejuk. Jadi mereka perlukan ‘penebat’ dalam badan. Keperluan mereka berbeza dengan kita di Malaysia. Pekerja binaan pemilihan makanan mereka tak sama dengan pekerja pejabat. Kita ni harus bijak pilih makanan yang sesuai dengan keperluan badan mengikut ‘gaya hidup keperluan’ dan bukan ‘gaya hidup kehendak dan nafsu’. Kita sendiri kena ‘faham’ biologi badan kita.

Metabolisma badan rendah, tapi nak melantak makanan yang berkalori tinggi, kan tak kena tu. Jadi kalau nak beli produk kesihatan, pilih yang sesuai dengan badan sendiri. Bukan semua orang sama. Sesetengah yang mempromosi produk-produk kesihatan, beri nasihat sama pada semua orang. Jika doktor atau pakar pemakanan, pasti beri nasihat yang berbeza bagi orang yang berbeza berdasarkan keperluan badan dan sejarah kesihatan seseorang itu.

Tatacara Makan

Oleh kerana nak menyelesaikan masalah-masalah kesihatan, antaranya datang pula makanan-makanan kesihatan itu dan ini. Menjadi fenomena sekarang ini. Secara jujurnya saya merasakan pada fenomena ini ada sesuatu yang tidak kena. Ada perkara yang tertinggal. Antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang utama adalah tatacara makan. Tapi hal tatacara makan jarang sekali dibicarakan. Barangkali kerana tatacara makan itu adalah perkara yang patut ada dalam diri individu itu sendiri. Dengan kata lain, tatacara makan itu mesti menjadi akhlak diri.

Apa dia tatacara makan berdasarkan Islam? Carilah dalam kitab-kitab yang telah ditulis oleh ulama-ulama (Ilmuwan dan pakar-pakar termasuklah pakar yang ada zaman ini). Cadangan: cari, baca dan faham dahulu tatacara makan ajaran Rasulullah s.a.w. (kerana prinsipnya asas ada pada apa yang diajar Nabi). Kemudian baru cari yang lain-lain.

Saya bukannya pakar pemakanan. Jadi tak layak nak tulis macam-macam walaupun sebenarnya banyak nak kongsi tapi risau terkena balik pada diri sendiri (Ya, Allah aku berlindung pada-Mu dari hal itu). Kesimpulannya:

1. Sebelum nak makan, betulkan niat dahulu. Makan kerana keperluan dan perintah Allah serta rasul. Bila niat kita betul, perkara yang kita buat berkaitan dengan makan pun akan lurus menurut tuntutan Islam (Barulah ‘makan’ itu jadi suatu ‘pengabdian’)

2. Ingat dan buat tatacara makan yang diajarkan Rasulullah s.a.w.

3. Walaupun keperluan dan pemilihan makanan berbeza antara individu, tapi tetap ada garis panduan makanan yang baik dan sihat. Jangan pula tiba-tiba kata “badan aku memang perlukan minuman sejuk”. Nak tipu la tu… (Nabi melarang makan makanan atau minuman yang sejuk)

4. Selain faham biologi badan kita, kita juga kena tahu biologi, sifat-sifat dan nutrien makanan. Baharulah kita boleh pilih makanan itu sebaik-baiknya.

5. Nabi Muhammad s.a.w beri peringatan pada kita bahawa “PERUT PUNCA PENYAKIT”.

Banyak lagi kesimpulan, pelajaran dan perkara-perkara yang berkaitan, tapi saya fikir elok pembaca cari dan fikir sendiri. Tulisan ini sekadar untuk mencetuskan. Kepada pakar-pakar berkenaan perkara ini, mohon betulkan saya jika saya silap. Sekian saja, terima kasih.

(Apabila orang selalu bertanya tentang sedap atau tidak sesuatu makanan itu di sesuatu tempat, hati pasti tertanya, sebab aku makan ni? Menangis dalam hati…)

Thursday, May 12, 2011

Puisi Al-Amin

Puisi Al-Amin. Puisi paling panjang yang pernah diketahui. Puisi tentang Rasulullah s.a.w. Puisi yang sekian lama dicari. Akhirnya PTS menerbitkan puisi ini dan aku membelinya sewaktu Hari Terbuka Kolej Dar al-Hikmah. Puisi yang pernah aku tonton di televisyen, dibaca oleh Pak Samad sambil menitiskan air mata. Puisi yang menggambarkan kecintaan dan kerinduan pada Nabi Muhammad s.a.w. Aku juga ingin sekali menitiskan air mata tatkala membacanya lantaran kecintaan dan kerinduan pada baginda...

Ya, Allah! Kurniakanlah kepada kami cinta-Mu, mencintai sesiapa yang mencintai-Mu, mencintai apa yang mendekatkan kami kepada cinta-Mu, jadikanlah kecintaan kepada-Mu lebih kami cintai dari air yang dingin...

Rasulullah adalah orang yang paling mencintai Allah, maka cintailah baginda!

Ya, Allah! Datangkanlah kerinduan dan kecintaan kami kepada rasul-Mu,

Wednesday, May 11, 2011

BERFIKIR POSITIF


"APA YANG ANDA KATAKAN TERHADAP DIRI SENDIRI JAUH LEBIH PENTING DARIPADA APA YANG ORANG LAIN KATAKAN TERHADAP ANDA. OLEH ITU, KATAKAN SESUATU YANG POSITIF KEPADA DIRI SELALU, ITU PETANDA ANDA TELAH BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI…

INGATLAH, BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI ADALAH MODAL UNTUK BERSANGKA BAIK KEPADA ORANG LAIN!"

Petikan dari artikel Ust. Pahrol Mohd Juoi di sini

Sunday, May 1, 2011

Wahai Kekasih (Kaulah Segalanya)

Wahai seorang kekasih,
Telah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan,
Menangis pun tak berair mata,
Namunhati tetap gembira,
Syafaatmu menanti di sana.

Sungguh tabahnya hatimu,
Menanggung derita yang melanda,
Biarpun perit pedih tersiksa,
Kerana umat kautempuhi jua.

Wahai Rasul kaulah segalanya,
Contoh terbaik umat akhir zaman,
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi.

Wahai Rasul kami merindui,
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
Manis senyuman mu penawar hiba,
Di hati kami kaulah segalanya.

Lagu: Wahai Kekasih (Kaulah Segalanya)
Penasyid: Nazrey Johani
There was an error in this gadget