Wednesday, May 14, 2008

Ini ibaratnya

ibarat telur tembelang
suratnya elok, siratnya busuk,
sekali pecah, meletup mencari mangsa,
mangsa yang menyangka telur elok, rupanya sebaliknya,
busuk hanyir, kena pada mangsa kekal lama,
pengakhirannya diri hancur,
bersepai kulit, diri sia-sia,
mangsa turut merana,

ibarat mengunyah, rakus menggoyak daging,
tanpa belas ihsan, tanpa perasaan kemanusiaan,
mangsa merana dalam diam,
sedikit demi sedikit,
akhirnya tinggal rangka,
perlakuannya tampak, tapi tidak terasa,
sering kali tertinggal cebisan daging celahan gigi,

Hakikat kebenaran

Kerana bisikan syaitan,
kerana kerakusan nafsu,
kerana kedegilan,
kerana kebencian dan kedengkian,
hakikat kebenaran dipandang menjadi kebatilan,
Begitu mudah mengangap sangkaan dan rasa adalah kebenaran sebenarnya,

Meski tahu yang benar,
namun penafian tetap bermain di minda,
perintah dan kawalan bukan lagi dari hati suci,
tapi semberono dari nafsu yang menguasai,
pergilah kebenaran,
Kebatilan ini tidak mengapa,
berderai keimanan dek keangkuhan,
lenyap realiti abadi dalam fantasi,
menanti sentakan dari azab,
apakah baru akan disesali?
Setelah sekian masa diberi,

Tidak akan kembali hidup yang dulu,
Yang ada hanya ketika ini,
samada dipandu terus ke arah yang Satu,
atau terlepas kawalan terbabas merempuh batasan,
menjunam ke lembah gaung yang binasa.