Monday, November 29, 2010

Apa itu matang?

(11/29/2010 3:58:56 PM)Suatu hari saya berbual-bual dengan seorang rakan tentang perancangan masing-masing dan berbagai-bagai persoalan. Lalu, tiba-tiba sahabat saya itu berkata, “Saya tidak matang. Entahlah”. Lantas saya berfikir, mengapa sahabat ini berkata begitu? Apa maksud matang itu sendiri? Lalu saya bertanya kepadanya,

“Apa maksud matang?”

“Mature”

“Ya, itu sinonimnya. Pengertian matang itu apa?”

“Bersikap dewasa. Dewasa dalam semua benda. Boleh menimbang secara rasional dan bukan menurut nafsu. Meletakkan serta melihat dan bertindak terhadap sesuatu perkara pada tempatnya. (11/29/2010 4:03:19 P

Wah, bagus sahabat ini dengan baik dalam masa yang ringkas! Lalu saya juga segera mencari maksud matang dalam internet menerusi laman web DBP. Lalu saya membalas dengan mengambil maksud yang diperolehi.

“Maksud matang yang pertama ialah sudah masak; sudah cukup besar atau sudah cukup tua. Maksud yang kedua ialah sudah banyak pengetahuan atau pengalamannya; banyak mengetahui serta memahami sesuatu”.

(Hmm, sudah cukup tua? Pemikirannya yang tua, bukan usia. Usia juga ada matangnya kerana jika tidak ada matangnya usia, maka tidak tua-tua juga kita. Maksud kedua lebih menerangkan kaitan matang dengan tua. Bukankah orang tua itu sememangnya “Banyak pengetahuan atau pengalaman; banyak mengetahui serta memahami sesuatu”? The wisdom of the eldest. Perkataan pengetahuan itu ada kaitan dengan ilmu. Perkataan pengalaman ada kaitan dengan perjalanan hidup. Manakala memahami pula sanmgat berkaitan dengan kekuatan perasaan dan pemerhatian. Ketiga-tiga ini sangat berkaitan antara satu sama lain, lalu berhubung kait pula dengan hikmah). Kemudian saya menambah setelah member maksud matang itu,

“Pematangan itu suatu proses berterusan. Sentiasa akan ada matang selepas matang”. Lihat saja kepada umur, kan berterusan tidak berhenti hingga ajalnya.

“Nabi Muhammad juga melalui proses pematangan. Pada usia 20-an, baginda membuat keputusan perihal hajarul aswad. Ini matang pada peringkat umur itu”. Rasulullah mendapat didikan pematangan terus dari Allah bermula dari kecil hingga menjadi rasul.

“Kanak-kanak matang pada peringkat umur mereka dipanggil mumaiyiz. Tahu beza baik dan buruk. Apabila meningkat tua, matangnya naik kepada memahami keadaan dan situasi. Mampu membuat keputusan yang lebih baik. Seterusnya matang itu naik lagi dan lagi dan lagi. Sentiasa meningkat. Barangkali kita belum sampai tahap matang peringkat 30-an 40-an (kerana kami masih 20-an) sebab itu ada kesilapan dan pembelajaran. Kesilapan dan pembelajaran adalah proses pematangan. Kalau orang tua dok tengok anak muda kuat bersukan dan mengembara ke hulu ke hilir, mereka kata tidak matang silap la sebab semula jadinya anak muda memang begitu”. (Kalau yang kata begitu). Haji Rhoma Irama ada satu lagu bercerita tentang anak muda bertajuk “Darah Muda”.

“Proses pematangan itu juga bergantung kepada apa pengalaman (background) dan cara orang itu menghadapi cabaran itu. Kalau berkata, “Ah, aku memang tak matang, suka buat itu buat ini, biarlah”, jadi matangnya setakat tidak main-main seperti budak-budak kecil saja lah. Matang setakat tidak berhingus di hidung”. Panjang pula celoteh saya.

“Bahagian akhir itu tidak faham. Bahagian, “aku memang tidak matang” dan matang dia takat tidak main macam budak-budak kecil saja la”.

“Contohnya, umur sudah 20 tahun. Matangnya sudh boleh memahami situasi untuk bertindak. Emak tengah mengemas rumah tapi dok tercongok depan TV, buat tak tahu emak tengah mengemaih. Serupa budak la nak kena suruh baru tahu kena buat perkara itu”.

“Oh, faham! Faham!”

“Matang setakat tak berhingus di hidung tu, contoh, dah besar sedikit, dah mula masuk alam remaja, sudah pandai mahu hensem-hensem dan mahu comel-comel. Jadi hinguih tak boleh meleleh sebab penampilan perlu dijaga” Ha! Ha! Ha! Saya ketawa.

“tapi kalau orang-orang tua kata, budak tu tak matang lagi, tak boleh kahwin lagi tu, apa definisi matang macam tu?” Ah, terngadah saya nak menjawab!

“Bergantung pada orang itu tengok matang tu bagaimana. Jika dia tengok matang tu, kerja pun tiada lagi, ngemaih rumah pun tak reti, takat tang tu saja la. Tak ditengok sangat perkara dalaman. Kalau begini lain sikit, ini pandang orang beriman, solat dia bagaimana? Al-Quran hafal banyak mana? Kalau orang gerakan, dia aktif tak dalam dakwah? Dia rajin dating usrah? Maleh datang? Uih, tak payah! Tak payah!” entah sesuai entah tidak contoh yang diberikan saya. (jika tidak betul tolong betulkan). Saya rasa orang tua yang kata begitu, lebih melihat kepada sikap. Sahabat saya ini lebih banyak mendengar. (atau sebenarnya saya yang bercakap tidak henti-henti, (T,T)

Saya menambah lagi

“lalu dia kata, tak sampai tahap (matang) yang saya hendak”. (walaupun tidak guna istilah matang secara langsung tapi kena pada konsep)

“Apa pun, sekali lagi, bergantung pada orang yang pandang ‘matang’ itu. Yang penting sentiasa sedar bahawa matang itu proses berterusan dan pendidikan. Dah budak tu macam tu, buatlah sesuatu bagi dia menngkat lebih baik. Awak dok kata dia tak matang, tapi tak buat apa-apa, maknanya yang kata tu pun tak matang (secara jahatnya)” saya berseloroh.

Standard matang yang perlu dicapai saya kira boleh kita teliti seperti yang ada dalam al-Quran dan sirah. Pada pandangan saya, untuk menilai di mana tahap kematangan kita, nbleh kita sama-sama kaji, sifat-sifat dan kematangan Rasulullah dan para sahabat pada peringkat-peringkat umur mereka untuk dibandingkan dengan kita.

Thursday, November 18, 2010

Antara “BukuWajah” dengan “BukuQalbu” (Oleh A.Samad Said)


Seperti petang minggu lalu, petang itu juga kawasan Masjid Negara dikabusi asap nyamuk. Pedih tapi, saya tidak tersedar kerana lebih terbenam dalam “The Facebook Effect”. Buku David Kirkpatrick mendekatkan saya kepada Mark Zuckerberg—mahasiswa sangat muda yang sempat merombak sistem perhubungan manusia.

Sebelum itu, selang sehari, bersandar di sebuah tiang dalam masjid bersejarah itu, saya sempat ditegur agamawan. Maklum saya baca buku Inggeris. Saya sempat cepat mengeluarkan buku “Hidup Sesudah Mati” oleh Bey Arifin. Saya bayangkan minat saya duniawi dan ukhrawi. Kerana kini 75 tahun tentulah lebih ukhrawi.

Saya terpikat oleh penjelajahan dan “kecapaian” Bill Gates, Jeff Bezos dan Steve Job, sebelum Mark Zuckerberg. Saya menapis manfaat daripada kejayaan duniawi mereka. Antara sedar dan khayal—sebelum azan Asar dan Magrib—saya sempat keluar daripada buku “The Facebook Effect” itu dengan lega. Dan saya kembali ke bumi sendiri. Pertama, tentulah saya sendiripun berharap bangat akan lahir Mark Zuckerberg di kalangan siswa kita. Siapa tahu dalam senyap akan hadir sekelompok mahasiswa Melayu yang sempat memulakan “BukuQalbu” mengimbangi “BukuWajah”—Facebook. Yang sebuah memang duniawi; sebuah lagi syahdu ukhrawi.

Apakah antara sebaik kandungan buku ukhrawi itu?

Sambil bersandar antara khayal dan sedar, saya mengharapkan dalam “BukuQalbu” itu nanti sempatlah siswa kita menyedarkan pemimpinnya supaya jangan gelojoh tambah menara; tambahlah rumah murba. Usahlah galak melonggok hutang; pulihkanlah ekuiti bangsa. Kurangkan varsiti klon-klonan; perbanyak varsiti sendiri. Dan, usah galak dengan wang ikhsan; bertuluslah beri royalti.

Akhir-akhir ini saya makin tersedar bahawa kita sangat selesa menjadi bangsa penjanji. Dan janjinya pula sentiasa mega. Kebanyakan janji itu berakar hutang. Akan banyak IPO, juga pelbagai bond—beban hutang bagi generasi datang.

Sementara berwuduk baru, saya terdengar: Bolehkah kita jadi bangsa penjimat, bukan pemboros? Elaklah jadi George Bush dan Gordon Brown yang lebih mewariskan hutang daripada mewariskan khazanah. Tolong abadikan itu dalam “BukuQalbu”. Tolong!

Diambil dari samadsaid.wordpress.com

(Moga-moga aku masih tegar untuk bertahan tanpa "BukuWajah"!

Dan masih tegar melawan arah tunjuk dunia!)

Sunday, November 14, 2010

Ayuh Berjalan dan Mengembara!


Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
Al-Jumu'ah: 10

Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
Al-Mulk: 15

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah.
Ghaffir: 21

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
Ar-Rum: 9

Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Allah telah menghancurkan orang-orang itu; dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu.
Muhammad: 10

(Dan sebagai buktinya): tidakkah orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu telah mengembara di muka bumi, lalu mereka menyaksikan bagaimana kesudahan orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka, sedang orang-orang itu lebih kekuatannya dari mereka? Dan (sudah tetap) bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit atau di bumi; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
Fathir: 44

Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Al-Ankabut: 20

Katakanlah (wahai Muhammad): “Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu”.
An-Naml: 69

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.
Al-Hajj: 46

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
An-Nahl: 36

Dan tiadalah Kami mengutus Rasul – sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?
Yusuf: 109

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
At-Taubah: 111-112

Katakanlah (wahai Muhammad): “Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu.
Al-An'am: 11

Friday, November 12, 2010

Bukankah DIA? (Mengapa lupa?)

"Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat."

"Bukankah Dia (Allah) yang memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan di daratan dan lautan dan yang mendatangkan angin sebagai khabar gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Maha Tinggi Allah terhadap apa yang mereka persekutukan."

An-Naml: 62-63



Demi matahari dan sinarnya di pagi hari,

Demi bulan apabila mengiringinya,

Demi siang apabila menampakkannya,

Demi malam apabila menutupinya,

Demi langit serta pembinaannya,

Demi bumi serta penghamparannya,

Demi jiwa serta penyempurnaannya,

Maka Dia mengilhamkan kepadanya kejahatan dan ketaqwaan,

Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu),

Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya,

As-Syams: 1-10

Saturday, November 6, 2010

Hidup itu ialah Gerak


"Takut gagal adalah gagal yang sejati. Takut mati adalah mati sebelum mati. HIDUP ITU IALAH GERAK DAN GERAK ITU IALAH MAJU, BERJUANG DAN NAIK DAN JATUH DAN NAIK LAGI. kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok, sebab itu kita tidak ada masa yang harus terbuang. seperti bangsa, dahulu kita berjuang mengusir penjajahan. setelah merdeka kita berjuang mempertahankan kemerdekaan, dan setelah diakui kemerdekaan itu, kita berjuang mengisinya, supaya bangsa dan negara kita berdiri dan terus hidup. Apabila perjuangan telah berhenti, apabila kesulitan tidak ada lagi, apabila kita sudah puas dengan apa yang ada, ertinya matilah negara kita dan kita sendiri."

Prof. Hamka, Peribadi, m.s 45.
There was an error in this gadget