"APA YANG ANDA KATAKAN TERHADAP DIRI SENDIRI JAUH LEBIH PENTING DARIPADA APA YANG ORANG LAIN KATAKAN TERHADAP ANDA. OLEH ITU, KATAKAN SESUATU YANG POSITIF KEPADA DIRI SELALU, ITU PETANDA ANDA TELAH BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI…
INGATLAH, BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI ADALAH MODAL UNTUK BERSANGKA BAIK KEPADA ORANGLAIN!"
Petikan dari artikel Ust. Pahrol Mohd Juoi di sini
Wahai seorang kekasih, Telah lama kau dirindui, Pilu sedih dalam kerinduan, Menangis pun tak berair mata, Namunhati tetap gembira, Syafaatmu menanti di sana.
Sungguh tabahnya hatimu, Menanggung derita yang melanda, Biarpun perit pedih tersiksa, Kerana umat kautempuhi jua.
Wahai Rasul kaulah segalanya, Contoh terbaik umat akhir zaman, Akhlakmu tinggi kan kami jejaki, Sifatmu sempurna pelengkap peribadi.
Wahai Rasul kami merindui, Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa, Manis senyuman mu penawar hiba, Di hati kami kaulah segalanya.
Motivasi perlu datang dengan keyakinan. Jika keyakinan tidak hadir, maka ragu-ragu akan mengambil tempat. Apabila ragu-ragu mula mengisi, hilanglah motivasi dan hadirlah resah, risau dan gelisah. Ragu-ragu juga akan membuka lubang bagi syaitan mecucuk jarum.
Lintang dalam Laskar Pelangi kata, "Pelangi terbentuk dari pancaran sinar matahari yang terbias pada titisan air hujan".
Matahari pasti muncul!
Motivasi Zikir
Jiwa bergelora? Hati resah dan gelisah? Bermuram dan bersedih? Berzikrlah kepada Allah.
“Hanya dengan mengingati Allah itu hati-hati akan menjadi tenang”
Sudah? Tidak jadi? Masih gelisah? Masih tidak tenang?Zikir itu adalah ungkapan-ungkapan motivasi yang sangat hebat. Jika kita menghayatinya. Merasakan ruhnya. Mendalami keluasan dan kehebatan semangatnya!
SubhanAllah, Maha Suci Allah atas keagunganNya. Maha Suci Allah atas kasih sayangnya kepada kita.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas nikmatnya, nyawa, tubuh badan, hati, akal, kehidupan ini.
Allahu akbar, Allah Maha besar sentiasa menanti pengampunan hambanya, pertolonganNya sentiasa ada, Yang tidak pernah meninggalkan kita. Sentiasa berada di sisi kita, sangat dekat…
Tidakkah ini mampu memotivasikan kita? Berzikirlah dengan penghayatan yang mendalam, fikir yang dalam.
Motivasi melalui Asma Ul Husna
Betapa beruntungnya menjadi umat islam yang seharusnya sentiasa termotivasi kerana di hatinya meyakini adanya Allah, rasa bertuhankan Allah.
Tuhan Yang Maha Pengasih (Ar-Rahman), Maha Penyayang (Ar-Rahim) di waktu kita kehausan kasih dan sayang,
Maha Menyelamatkan(As-Salam), Maha Memelihara (Al-Muhaimin) di saat berada dalam bahaya atau terancam,
Maha Pengampun (Al-Ghaffar), di saat kita merasa berdosa atau bertaubat,
Maha Pemberi (Al-Wahhab) tatkala sangat memerlukan sesuatu,
Maha Memuliakan (Al-Mu’izz), ketika dihina atau merasa terhina,
Maha Mencukupkan (Al-Muqit), apabila terasa kekurangan atau merasa rezeki, duit atau keperluan tidak cukup,
Maha Mengabulkan (Al-Mujib), saat berhajat terhadap sesuatu hal,Ada 99 semuanya. Atas alas an apa lagi kita bermuram? Resah dan gelisah? Tidakkah Asma Allah ini sangat memotivasikan?
Wahai insan kita ada Tuhan Yang Maha Agung! Ingatlah (berzikir) Asma’ Allah dengan penghayatan dan pemahaman!
pengharapanmu pada Allah, bukan pada makhluk yang akan sirna kerana Dia tidak akan pernah hilang dan sentiasa ada bersama.
Dia tidak akan pernah mengecewakan hati kalian, tidak akan pernah mengguris perasaan dan emosi kalian.
Kerana Ar-Rahman itulah kita diberi nikmat. Kerana Ar-Rahim itulah kita dikurnia redha dan berkat. Dialah yang akan memberi ketenangan kepada jiwa-jiwa yang berbolak-balik. Dialah yang menetapkan hati dan mendatangkan kekuatan. Dialah yang sentiasa memotivasikan semangat. Dialah yang mengatur setiap helaan dan hembusan nafas.
(Siapa lagi yang sudi berdiri? Khabarkan kepadaku!)
“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk”.
“Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”
Perbezaan kita dengan makhluk yang lain, iaitu kita hidup bermasyarakat. Perhubungan fikiran, senang dan susah di antara kita dengan sesama manusia, teramat eratnya sehingga kita tidak dapat memisahkan diri, seorang daripada seorang. Sungguhpun demikian, kemajuan masyarakat itu tidaklah akan tercapai, kalau sekiranya tiap-tiap orang tidak melakukan kewajipannya dengan giat. Orang yang hanya memberati orang lain, yang bergantung pada pinggang kawan atau tengkuknya, di tempat pendakian yang curam, tentu akan berbahaya kepada dirinya dan kepada orang tempat dia bergantung itu. Kemajuan pergaulan hidup adalah kemajuan fikiran dan kemajuan bakti.
Peribadi yang berguna adalah peribadi yang percaya akan kekuatan dirinya sendiri. Kekuatannya, akalnya, perasaannya dan kemahuannya sudah tersedia dalam jiwanya sejak dalam kandungan. Sekaliannya itu timbul kelak daripada pendidikan, lingkungan serta pergaulan.
Didikan yang baik menimbulkan jiwa yang baik. Orang yang percaya kepada dirinya sendiri, itulah 0rang yang merdeka sejati. Bukan orang lain yang menentukan ini salah, ini baik, ini buruk, melainkan kemerdekaan fikirannya dan kepercayaannya kepada dirinya sendiri, kelak yang membuat peraturan itu. Orang lain tak usah cemas atau takutu, sebab jiwa yang bebas itu sentiasa mengejar kebenaran.
Dengan percaya kepada diri sendiri, kita akan mengenal di mana kesanggupan kita, dan apa yang dapat kita kerjakan.
Orang yang percaya keapda dirinya sendiri tidak merasa hina apa yang dikerjakannya, bahkan dia ingin beroleh kemajuan dalam pekerjaannya itu.
Petikan-petikan dari buku Peribadi, Prof. HAMKA, Bahagian Percaya pada Diri
Orang yang berjiwa besar, bukan tidak tahu bahawa ada yang buruk dalam dunia ini. Tetapi kebesaran jiwanya, keteguhan peribadinya menyebabkan dia memandang dunia dari segi yang baik.
kelemahan hati menyebabkan perasaan kecewa, menyebabkan alam terpandang dengan kaca mata hitam. Orang yang buruk pandangannya hanya sanggup mencela, hanya sanggup menyatakan perasaan tidak puas. Tetapi orang yang baik pandangannya sentiasa hendak membangunkan, meneruskan bengkalai yang telah ditinggalkan Tuhan, supaya disudahkan manusia, "Bumi ini kami wariskan kepada hamba yang sudi berbuat bakti" (Al-Quran)
Tukang "keluh-kesah" tidaklah akan menang, percayalah! Tukang "keluh-kesah" akan ditinggalkan oleh zaman.
Maka kalau peribadi hendak kuat, pandanglah alam dengan segala keindahannya, dan berusahalah menegakkan kebajikan di atasnya. Penyakit muram dan memandang buruk, pessimis, amatlah bahaya bagi diri sendiri. Anaknya amat banyak, di antaranya ialah benci dan dengki. dan itulah pangkal sakit jiwa yang susah diubati.
Petikan-petikan dari buku Peribadi, Prof HAMKA, Bab Alat Menimbulkan Peribadi: Berpandangan Baik
Mereka yang tetap pada yang Satu Mereka yang berada di jalan yang lurus Mereka yang berada di luar aturan dunia fana Mereka itu akan berada dalam dagang Mereka itu bersedia Dan sudi berada dalam dagang
Mereka yang dagang itu kelihatan pelik Lain dari amalan biasa dunia kawalan Menentang arus perdana Terbalik dari normal ilusi minda Keluar dari sistem ciptaan dunia
Mereka yang dagang itu bebas Mereka yang dagang itu tidak gentar Kerana mereka benar-benar gentar Biarpun berdiri bersendirian Sebenarnya mereka tidak bersendirian
Mereka yang dagang itu kelihatan salah Meski sebenarnya benar Mereka itu orang yang sabar Mereka yang dagang itu Awalnya sedikit, akhirnya banyak Yang bersedia untuk dagang itu sedikit
Mereka yang dagang itu akan bangkit Mereka tahu dan yakin Dagang itu akhirnya akan hilang dagangnya Itu janji...
Malam itu, saya sempat berbual dengan seorang teman. Berbincang tentang gerak kerja, kekuatan, keyakinan dan kepercayaan.
Saya: Kita ada badan gabungan yang setiapnya berbeza. Jadi kena bijak mengatur untuk setiapnya dan memanfaatkan yg sedia ada.
Dia: Baik. Saya yakin dengan kebolehan dan kelebihan awak. Saya jenis terbuka tidak rigid sangat. Suka bincang.
Saya: Ada satu cerita. Saya nak ambil kata-kata dalam cerita tu.
Dia: Baik, apa dia?
Saya: Dari drama Band of Brothers, berbunyi begini. I cherish the memories of a question my grandson asked me the other day, when he said “Grandpa, were you a hero in the war?” grandpa said “no, but I served in a company of heroes”. I, serve in a company of mujahid! Company of leaders! Company of fighters!
(Saya berkata begitu bertujuan bagi mengimbangi kata pujiannya tadi)
Dia: So at the same time, you are also one of the heroes too.
Saya: Begitu juga awak.
Dia: Ya, semestinya saya dan Yi juga.
(Ah, lain pula jadinya… he he he. Kami bertiga berbakti dalam satu badan dan bidang tugas yang sama)
Dia: Erm… nak tanya sedikit boleh?
Saya: Ya, silakan.
Dia: Awak, Jak dan Bu ada bincang apa-apa pasal masa depan organisasi ni tak?
Saya: Ada, dengan Jak. Dengan Bu tak mendalam.
Dia: Apa yang dibincangkan?
Saya: Salah satunya zakat setahun. Ada satu lagi tapi biar Jak yang cerita sendiri. Yang lain dalam perbincangan lagi.
Dia: Kenapa mesti Jak? awak pun boleh cerita kan?
(Uh, nampaknya dia mahu tahu juga. Sebenarnya Jak lebih tahu hal yang satu lagi kerana itu saya buat ayat mengelak. Salah faham susah nanti)
Saya: Sekarang saya tengah siapkan pelan "hala tuju dan masa depan organisasi"
Dia: Wah..hebat bunyinya tu!
Saya: Bunyi memang hebat, nak laksana kita kena wujudkan company of heroes.
(Seperti biasa cakap memang senang. Teringat usrah bersama seorang abang. Dia pesan “Cakap memang senang, jadi banyaklah bekerja”)
Dia: Ha ha ha.. tau tak apa. Organisasi ni tukar nama kepada “Company of Heroes” pun Ok.
(Tersenyum saya bersendirian. Teman saya ini ada hal yang tersimpan dalam hatinya. Sepertinya hendak diluah)
Dia: Hai, apalah nak jadi dengan organisasi ni. Dah tiada orang.
Saya: Kan awak ada.
Dia: Memang lah ada tapi berapa kerat saja. Ni pun dah kena 'kerat'. Huhu
Saya: Inilah yang dipanggil “Illusion of control”. Tahu tak apa tu?
(Terima Kasih kepada abang Noryzal dan Kungfu Panda)
Dia: Tak tahu, mohon dijelaskan.
Saya: Bahasa mudah persepsi. Tapi lebih tepat paradigma yang mengawal. Perang Badar adalah contoh terbaik. Apa ada pada perang Badar?
Dia: Tentera sedikit tapi boleh menang.
Saya: Ya tapi sunnah alam selalunya sedikit memang akan kalah.
Dia: Tentera-tentera tu menang sebab punya iman yang sangat tinggi. Tak setara dengan kita ni. Jauh sangat nak capai.
Saya: Itu contoh untuk diikuti. Untuk diambil pelajaran dan pengajaran. Kalau tak ada contoh nak sandar pada apa? Nak jadikan apa sebagai kayu ukur? Itulh kayu ukurnya. Kalau tak tentu Allah tak datangkan contoh tu kerana pengajarannya kebergantungan dan keimanan pada Allah. Yang sukarnya ialah menyakini kudrat dan iradah Tuhan. Tapi tak mustahil atas kuasa Dia kan? Kita kata kita tak mampu tu ada sebabnya
Dia: Masalah utama bukan keyakinan sekarang ni. Keyakinan tu mesti ada tapi kekuatan atau kapasiti tu yang menyebabkan tak kukuh.
Saya: Jadi apa masalahnya sebenarnya? Kerana apa kita kata begitu? Kerana apa kekuatan tidak kukuh?
Dia: Salah satu orang-orangnya. Selain kekuatan dalaman (rohani) banyak lagi.
Saya: Diri kita pula bagaimana? Kuncinya dah ada pun. Tak mengapa. (Saya tidak mahu memaksa. Membiarkan dia berfikir sendiri lebih baik)
Dia: Tengah mencari kunci yang betul.
Saya: Kita pun salah satu dari "orang-orangnya" tadi.
Dia: Hmm..ya.
Saya: Nak mendapat ruhani kena mujahadah kan? Nak dapat taqwa dan iman pun kena mujahadah.
Dia: Emm…
(Nampaknya dia lebih banyak diam kali ini)
Saya: Moga dapat kuncinya.
(Perbualan malam itu diakhiri dengan doa)
“Ya Allah moga apa yg aku nukilkan ini adalah yg benar, tidak menghadirkan dosa dan murkaMu. Salam mujahadah”
Assalamu alaikum, moga sentiasa dalam afiat dan rahmat yang esa. Doaku teman dan keluarga berada dalam redha Ilahi.
Teman, dahulu saat awal pertemuan kita, tidak pernah aku menanyakan kepadamu bagaimana kau menjadi jinak menagih kesejahteraan dan kebahagiaan dari suatu cara hidup yang diberi nama “Islam”. Juga tidak pernah aku bertanyakan padamu perjalanan hidupmu. Yang ku tahu, kau telah “Sejahtera”. Telah sejahtera diri, telah tunduk hati mengakui KeEsaan Allah s.w.t. aku tidak peduli siapa engkau yang dahulu. Aku hanya tahu, perakuan syahadah mu melayakkan kau mendapat hak sebagai seorang muslim. Hak sebagai saudaraku yang perlu aku tunaikan. Ikatan yang perlu dijaga bersama. Meski engkau tidak pernah meminta dan tidak akan meminta, namun ia tetap menjadi amanah dan perananku.
Hakikatnya, apa yang berlaku, aku tidak mampu menunaikan hak mu sepenuhnya. Aku pun tidak tahu apakah pernah aku memberikan hak mu. Saat aku ke menuju arahku, kita jarang berhubung. Apatah lagi bila kita sudah sama-sama berada di tempat yang sama. Organisasi yang sama. Sehingga kini aku gagal.
Pernah aku hadir ke bilikmu, sebenarnya bukan atas urusan yang lain, tetapi untuk bersua denganmu. Menatap wajahmu. Mendengar tawa ceria mu seperti yang pernah kita lalui suatu ketika dahulu. Tapi, ya, itu dahulu bukan sekarang. Nun jauh di dalam sanubari aku diselubungi rasa bersalah. Bersalah kerana jurang antara kita sudah seakan dalam. Juga bersalah kerana komunikasi kita tidak lagi petah dan dekat. Bertemu sekadar tersenyum atau lebih dari sekadar melihat dari jauh. Pelukan dan kemesraan semakin kering.
Teman, ingat lagi video yang kau buat untuk ku? Bermelodikan lagu Bingkisan Rindu, nyanyian Far East,
Antara kita tiada rahsia, Susah dan senang kita bersama, Terpatri namamu, kau takkan ku lupa,
Sudah bertahun lama, Kita tidak lagi bersua, Hanya tinggal kenangan, Yang tak mungkin kita lupa,
Kirimkan gambar selalu, Seiringan hembusan bayu, Sekadar pengubat rasa rindu, Di kalbu,
Pantas masa berlalu, Meninggalkan kita semua, Kembali sedari bertambah usia kita, Potret lama masih ku simpan, Ku bingkaikan kenangan, Hingga terkadangku, Tersenyum sendirian,
Perjalanan kita masih jauh, Jalan nan berliku, Bakal kita tempuh, Imbaslah kenangan semalam, Jadi azimat, Penguat semangat,
Menempuh masa hadapan, Harapanku kau kan bahagia selalu, Padaku engkau penghibur duka, Mengubat hati resah kecewa, Di kala malamku kau bawa cahaya,
Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu,
Teman, ku yakin dalam menempuh masa hidupmu, kematangan telah berakar dijiwa dan akalmu. Ketabahan dan keteguhan sudah tersemat dalam diri. Segenggam tabah tidak pernah dilepaskan. Ku berhajat agar kita kembali erat dalam setiap nafas.
Sekian dariku, umi dan abah menyampaikan salam padamu.
Dari Ridhwan,
(Boleh dapat “A” tak surat ni? (“,) )
* Hati dan perasaan yang tidak stabil boleh saja mengganggu gerak kerja, maka oleh itu perkukuhkan dan sucikan supaya akalnya boleh berfikir ”BESAR”.
Ar-rain itu kental melaung seruan, Memacu kuda perang dakwah, Menghunus pedang hikmah, Menusuk ke segenap jiwa hamba, Menjulang panji syariah yang Esa,
Disebalik deras kencang kemaraan, Tersirat hakikat keimanan, Keihklasan, keehsanan, Penyerahan seluruhnya, Kepada empunya segala ketenangan,
Moga kekal hakikat itu, Menjadi darah merah pekat, Yang mengalir sebati, Meluncur di setiap urat nadi, Insan lemah pemegang amanah,
Bangkitnya Ar-Ra’in itu, Di celah kegawatan, Menggenggam gagasan khayra ummah, Membawa ciri at-taibun, al-a’bidun, Al-haamidun, as-saihuun, ar-rakiu’n, As-sajidun, al-amiruna bil ma’ruf, Wa nnahuna a’nilmunkar, Wal haafizhuna lihududillah,
Ar-Ra’in itu bangkit, Bukanlah kerana menanti keredaan manusia, hanyalah demi sebuah keredaan agung Ilahi, Maka gembirakanlah! Bergembiralah! Orang-orang yang beriman!
If someone is laughing, it doesn’t necessarily mean that they are happy, If they are crying, it doesn’t necessarily mean they are sad, Look at them very closely, carefully look at things that others might overlook, If you do that, your feelings connect with theirs