Monday, December 6, 2010

BIAR AKU YANG BERDIRI


Biar aku berdiri

Andai yang sanggup bersama tiada lagi

Untuk bertahan di sisi,

Kerana aku yakin pada Ilahi

Yang sentiasa di sisi

Hambanya yang berserah diri.


Andai yang lain sudah pudar hati

Biar aku yang berdiri

Menggalas tugas amanah umat ini

kerana aku tidak boleh biarkan ia mati

di tangan ini. Bukan di tangan ini.

Bukan kerana tanganku ini.


Biar pun aku berdiri sendiri,

tidak aku gentar, tidak mahu aku gusar

selagi jasad masih bernadi

biar aku bertahan,

biarkan aku terus berdiri...


Ya Rabbi, sabarkan aku dan

teguhkan hati Ku ini

untuk terus berdiri

Menghadap-Mu...


Putra Mahkota, 12 mlm, Disember 2010


(Siapa lagi yang sudi berdiri? Khabarkan kepadaku!)


“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk”.

“Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”

Al-Kahfi: 13-14

2 comments:

  1. saya juga mahu tapi tidak perlu dinyatakan secara jelas siapa saya kerana saya yakin anda tahu dan rasa bahawa saya bersama anda untuk terus kekal di jalan ini.

    ReplyDelete