Sunday, March 28, 2010

Universiti Kehidupan

Dialog antara seorang pak cik dan seorang pemuda. Berkongsi rasa, berkongsi fikir...

Adik: Pak cik ni macam kenal. Boleh tahu nama?

Pak Wawan: Oh, nama pak cik Pak Wawan.

Adik: Oh, ya. Tak perasan sangat tadi.

Pak Wawan: Tidak apa. Adik ni sebenarnya saya tidak kenal. Maaf, boleh ta'aruf ?

Adik: Saya salah seorang pelajar kejuruteraan di UIA PJ. Join taklimat Road to Gombak yang Pak Wawan buat dulu.

Pak Wawan: Oh, sudah ada di gombak?

Adik: Urm, tidak.

Pak Wawan: Tahun dua di PJ ya?

Adik: Sebenarnya saya sambung tempat lain.

Pak Wawan: Oh

Adik: Tidak ada rezeki nak sambung di situ sampai habis.

Pak Wawan: Tidak apa yang penting belajar dari universiti kehidupan

Adik: Universiti kehidupan??

Pak Wawan: Ya universiti kehidupan. Oleh kerana ilmu Allah itu luas, hidup ini juga sebuah universiti. Tempat belajar pelbagai perkara. Itulah keunikan yang ada pada manusia yang sentiasa berfikir.

Adik: Urm..ok

(Hmm... Universiti kehidupan... sejauh mana menjadi medan belajar diri sendiri?)

Friday, March 26, 2010


"Universiti Kehidupan" - Belajar dari pengalaman hidup.

Terima kasih kepada yang berkongsi pengalaman, berkongsi rasa, berkongsi cerita.

Terima kasih kepada yang berdialog dan bermesej bersama saya. Moga kita semua mendapat manfaat bersama.

Barangkali ada nukilan yang disalah ertikan. Maaf atas kekurangan dan kesilapan. Namun jika ada yang tidak jelas harap dapat kalian pembaca bertanya kepada penulisnya.

Sejarah itu utamanya adalah ibrah. Ibrah itu adalah pengajaran dan tauladan. Hidup yang lalu adalah sejarah. Dalamnya terkandung pengalaman. Dalam pengalaman itulah ada ibrah sebagai intipatinya. Maka kerana itu, belajarlah dari pengalaman hidup!

Wednesday, March 24, 2010

.....


”Bersabarlah”. Walaupun pernah diucap oleh orang lain, namun kata pendek yang terucap dari mulut umi sangat-sangat terasa. Perasaannya...

”Pilihan kamu ialah Allah. Pilihan kamu ialah Rasul. Pilihan kamu ialah keluarga”. Kata-kata dari abah pula membuatkan akal berfikir panjang.

Tuhan, kekalkan ketaatan ku hanya padaMu dan Rasul

Tuhan, lapangkan dadaku

Tuhan, besarkan jiwa ku

Tuhan, cekalkan nurani ku

Tuhan...

(tertunduk aku tanpa kata-kata...)

Nota Hati Seorang Lelaki (Ust. Pahrol Mohd Juoi)

Izinkan lelaki itu pergi

Walau kakinya bagai terpasung luka

Walau hatinya tercalar bisa

Izinkan dia melangkah jua


Tangismu tidak dia lupakan

Bukan dia tega

Bukan dia rela

Tetapi dia terpaksa...

Izinkan dia pergi jua


Di hatinya ada wahyu yang merayu

Di situ tidak pernah ada tunggu...

Walau terjerat, walau terikat

Dia mesti pergi jua


Ah, genderang itu telah berbunyi

Dia terpaksa pergi

Jangan kau tunggu lagi

Mari pergi bersamanya

Walau terseksa...

Lelaki itu kan pergi jua!


Tidak tahu kenapa hati ingin sangat membaca buku Nota Hati Seorang Lelaki oleh Ust. Pahrol Mohd. Juoi. Namun, sungguh! Diri ini belajar dari nukilannya. Terkesan kerana terkena atau terkesan kerana isinya. Dan puisi yang ada di belakang buku ini... hati ini yang keras, cukup terasa. Angkuh ku yang keras, pecah diketuk oleh Tuhan... Lelaki itu kan pergi jua... Diri ini akan pergi jua..

Wednesday, March 17, 2010

Langit yang biru...


Suatu hari, di awal pagi, saya menerima mesej pesanan ringkas.

“Kenapa langit warna biru? kenapa awan yang mendung macam kelabu? matahari lari ke?” Saya tersenyum sendirian membacanya. Saya melihat langit pagi itu. Cerah. Lalu mesej itu saya balas..

“Langit berwarna biru kerana pantulan cahaya pada air. Awan mendung berwarna kelabu kerana awan yang tebal menghalang cahaya dari tembus, jadi dari bawah nampak kelabu. Macam kita tengok benda dari arah cahaya datang tetapi dihalang sesuatu kan nampak kelabu dan gelap”. Sudah lama tidak berbicara hal-hal kejadian langit. Hari itu memerah kembali ingatan pelajaran sains semasa sekolah dahulu. Mesej sampai lagi.

”Tapi kan bumi ada daratan, tak semua laut?”

”Pantulan cahaya itu amat banyak, merangkumi banyak sudut sehingga mampu mencakupi kawasan yang cukup luas dan ketinggian langit juga menjadi faktor”. Faktor kenapa banyaknya sudut pantulan cahaya (berserakan) itu kerana permukaan laut yang bergelombang. Saya rasa cukup senang hati melayan mesej sahabat ini.


“Macam mana pula dengan warna langit ketika senja? langit jadi warna oren tapi laut kan warna biru?”
”Kerana cahaya yang sampai adalah cahaya yang tidak datang secara terus atau menegak dari matahari. Sampainya samar-samar bercampur dengan gelap. Seperti lampu kereta, kalau dilihat secara terus secara menegak kan silau, tapi bila lihat dari tepi kan nampak (warnanya) lain”.

Kes ini berlaku pada tempat yang gelap gelita yang hanya ada satu sumber cahaya. Jika ada banyak sumber cahaya, tidak dapat nampak secara jelas kerana cahaya sudah bercampur dari sumber yang berbeza.

Cahaya, jika dilihat secara terus menegak, kelihatan putih (sehingga silau). Tetapi jika dilihat dari tepi, boleh nampak kuningnya (kalau tak banyak, ada sedikit) sebab sumbernya berwarna kuning atau jingga iaitu dari filamen dalam mentol yang membara. Matahari kan warnanya jingga? (Penjelasan ini setakat ilmu sains yang sedikit sahaja yang ada pada diri. Jika salah mohon dibetulkan)
“Betul juga. Teruk tak teruknya sebab tidak dapat fikir jawapan pada persoalan tadi. Puas duk fikir. Camne leh jadi camtu. Tanya orang lain, diorang gelak, senyum sinis, ada yang cakap soalan tu tak berkaitan budaya ilmu, geleng kepala. Terima kasih”.

”Segala puji bagi Allah, alam menjadi tanda bagi orang yang berfikir. Cukup indah alam ini kalau kita renungkan. Surah-surah dalam juz amma' banyak yang awal surahnya,bercerita tentang yang ada di langit dan bumi.There are so many things to be explored”.

Syukur, sahabat ini berfikir... Kita lalui setiap hari, tetapi jarang berfikir alam yang ada depan mata. Bila sesuatu sudah berada terlalu dekat dengan mata pun boleh menjadi kabur. Cuba dekatkan tangan ke mata kita, pasti penglihatan mata kasar jadi kabur. Kita tahu itu tangan apabila melihat dengan akal sebab ilmu yang sudah ada pada kita, itu adalah tangan. Melihat dengan mata hati, kita akan tahu itu tangan yang menjadi nikmat pemberian Allah untuk dijaga sebaiknya dan digunakan dengan amanah.

Dan Allah berfirman, ”Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang, kapal yang belayar di laut dengan (muatan) yang bermanfaat bagi manusia, apa yang diturunkan Allah dari langit berupa air, lalu dengan itu dihidupkan-Nya bumi setelah mati, dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang, dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, (semua itu) sungguh, menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang mengerti”. Al-Baqarah: 164

Mengembara


Dia: Sebelum saya terlupa, Sarawak tu macam mana. jadi tak?


Saya: Oh, jadi, cumanya saya mugkin tidak jadi pergi. Kalau awak betul-betul nak pergi, saya beri nombor telefon kawan Sarawak saya.


Dia: Segan lah. kalau macam tu tak apa lah. Saya cuba hubungi seorang kawan saya. dia ada di sana. Mengajar di Politeknik Kuching. Mungkin dia boleh membantu.


Saya: Oh, nak mengembara tidak boleh segan.


Dia: Ermm. Alah. Segan.


Saya: Ya saya faham. Sebab tidak kenal lagi kan. Tidak apa. Ada masa saya perkenalkan. Boleh join aktiviti mereka di sana.


Dia: Hmm. Kenapa tak pergi?


Saya: Saya perlu ke Johor.


Dia: Sebenarnya saya tertarik dengan kata-kata awak tadi. Nak mengembara tak boleh segan. bagaimana ya, nak buang rasa segan tu?


Saya: Awak ada jawapannya. Bukankah selama ini awak selalu mngembara?


Dia: sekurang-kurangnya ada teman. Saya terkesan juga. dalam diri saya ni, saya susah nak masuk dengan orang kalau pertama kali jumpa. Entah. Segan.


Saya: Tidak mengapa itu biasa. Seperti mana awak buat pada amek-amek dan abe-abe. Konsepnya sama je.


Dia: Hmm, mungkin boleh diaplikasi, dan diatasi lepas ni. insyaAllah..


Saya: Sebab itu saya nak kenalkan awak pada mereka. (kawan-kawan Sarawak)


Dia: Tapi orang yang saya kenal tak ada, itu yang saya segan tu. Ermm. Kalau macam tu, awak kenalkan je la. InsyaAllah, berguna.


Saya: Ya faham. Ya, ada masa Insya Allah. Apa kata awak buka web Ust Hasrizal. Ada artikel yang menarik tentang pertemuan sesama manusia.


Dia: Ok. Sekejap. Yang mana satu?


Saya: Akhirnya ku temui nilai ukhuwah. Itu tajuknya


Dia: Sekejap saya cari


Saya: Sudah jumpa?


Dia: Sudah, tengah baca. Hmm. Menarik. tapi, macam soalan dekat ruangan komen tu. kenapa segalanya berubah bila tiba di tanah air..


Saya: Koreksi diri kita. Pandangan awak?


Dia: Betul, betulkan diri.. dan akhirnya berbalik kepada kata-kata awak mengenai gelombang ketidak pedulian itu balik.


Saya: Alhamdulillah, nampaknya awak nampak point dan kaitannya


Dia: Dan point nye kena batang hidung saya balik la juga. Jadi koreksi diri la kan


Saya: Kena pada saya juga. Ada peristiwa sejarah yg selalu kita terlepas pandang, nilainya. Semangat yg ada disebaliknya. "persaudaraan Ansar dan Muhajirin"


Golongan Ansar yang tempat diamnya Madinah menerima kehadiran golongan Muhajirin dengan perasaan yang sangat menggembirakan. Mereka memberi layanan yang cukup baik sekali. Sanggup berkorban demi saudara mereka dari Makkah. Persoalannya apakah mereka ini saling kenal antara satu sama lain? Tidak, hanya segelintir sahaja yang mengenali sesama mereka. Apakah yang membuatkan Ansar sanggup bertindak sedemikian rupa kepada orang yang tidak mereka kenali pun? Malah pendatang yang hadir ke tanah mereka.

(Oh, Sarawak! Aku rindu pada kamu! Kapan kita boleh berjumpa lagi?)