Dialog antara seorang pak cik dan seorang pemuda. Berkongsi rasa, berkongsi fikir...
Adik: Pak cik ni macam kenal. Boleh tahu nama?
Pak Wawan: Oh, nama pak cik Pak Wawan.
Adik: Oh, ya. Tak perasan sangat tadi.
Pak Wawan: Tidak apa. Adik ni sebenarnya saya tidak kenal. Maaf, boleh ta'aruf ?
Adik: Saya salah seorang pelajar kejuruteraan di UIA PJ. Join taklimat Road to Gombak yang Pak Wawan buat dulu.
Pak Wawan: Oh, sudah ada di gombak?
Adik: Urm, tidak.
Pak Wawan: Tahun dua di PJ ya?
Adik: Sebenarnya saya sambung tempat lain.
Pak Wawan: Oh
Adik: Tidak ada rezeki nak sambung di situ sampai habis.
Pak Wawan: Tidak apa yang penting belajar dari universiti kehidupan
Adik: Universiti kehidupan??
Pak Wawan: Ya universiti kehidupan. Oleh kerana ilmu Allah itu luas, hidup ini juga sebuah universiti. Tempat belajar pelbagai perkara. Itulah keunikan yang ada pada manusia yang sentiasa berfikir.
Adik: Urm..ok
(Hmm... Universiti kehidupan... sejauh mana menjadi medan belajar diri sendiri?)
ko la kan pak wawan tu??? dah tua sangat ker???
ReplyDeletetak semestinya masuk universiti formal berjaya, dan yang tak masuk universiti gagal..tengok je macam Bill Gates, estien..tak habis belajar pun, tapi berjaya dalam kehidupan ape...malah become icons pada masyarakat dunia...
tokoh2 Islam apatah lagi, lihat sahaja semangat Al-Jahiz, dll walaupun miskin kedana, tapi semangat nak belajar walau secara informal, meninggalkan nama dan ibrah pada generasi sekarang dan seterusnya...tak perlu pi masuk U pun...
Yang penting ilmu yang berkat yang tak semestinya melalui proses pendidikan formal...bak kata ko..UNIVERSITI KEHIDUPAN...
tapi macam manapun, kena usahakan yang habis terbaik, once kita dah dapat chance masuk U..