Wednesday, March 24, 2010

Nota Hati Seorang Lelaki (Ust. Pahrol Mohd Juoi)

Izinkan lelaki itu pergi

Walau kakinya bagai terpasung luka

Walau hatinya tercalar bisa

Izinkan dia melangkah jua


Tangismu tidak dia lupakan

Bukan dia tega

Bukan dia rela

Tetapi dia terpaksa...

Izinkan dia pergi jua


Di hatinya ada wahyu yang merayu

Di situ tidak pernah ada tunggu...

Walau terjerat, walau terikat

Dia mesti pergi jua


Ah, genderang itu telah berbunyi

Dia terpaksa pergi

Jangan kau tunggu lagi

Mari pergi bersamanya

Walau terseksa...

Lelaki itu kan pergi jua!


Tidak tahu kenapa hati ingin sangat membaca buku Nota Hati Seorang Lelaki oleh Ust. Pahrol Mohd. Juoi. Namun, sungguh! Diri ini belajar dari nukilannya. Terkesan kerana terkena atau terkesan kerana isinya. Dan puisi yang ada di belakang buku ini... hati ini yang keras, cukup terasa. Angkuh ku yang keras, pecah diketuk oleh Tuhan... Lelaki itu kan pergi jua... Diri ini akan pergi jua..

3 comments:

  1. bagus 3X bacalah...ada juga sister PKPIM yang baca buku tu...suatu hari nanti aku akan baca..skang tak berminat. tk pun ko citer je...jimat sikit duit aku. kalau best bagitahu ye, so aku boleh hadiahkan kat adik2 aku...

    ReplyDelete
  2. Saya, seorang perempuan, juga membaca buku ini. Amat hebat. Patut dan wajib dibaca.

    J

    ReplyDelete
  3. Wan, nak promote lagi satu buku. Nota Fikir untuk Zikir. Ada 37 kisah, dibahagikan tiga. Iktibar Kisah Dulu-dulu, Berguru Dengan Alam dan Kata Dikota..

    Kisah yang kita sudah tahu, kisah teladan dan kisah rakyat. Kisah sekeliling kita, namun tidak terfikir oleh kita. Ustaz Pahrol senantiasa membawa kita untuk berfikir di sebaliknya.

    Satu kisah, mengenai kambing gurun dan harimau. Harimau mengejar kambing gurun, sehinggalah sang kambing gurun memanjat sebuah bukit. Harimau menanti di bawah, sehinggalah matahari cenderung ke barat. Sang kambing gurun ternampak bayang-bayangnya. Tanduknya yang semakin membesar, membuat dia terasa dia semakin kuat, lalu turun untuk berhadapan dengan harimau. Pucuk dicita ulam mendatang, maka harimau membaham kambing gurun itu.

    Untuk berhadapan dengan musuh, seharusnya kita menyedari dan menyelidiki terlebih dahulu kelemahan dan kelebihan kita. Selepas itu, ambillah langkah dengan mengurangkan kekurangan dan melebihkan kelebihan kita. Dengan mengubah diri kita, kita mengubah sesuatu yang boleh diubah, kerana diri kita adalah didalam kawalan kita(circle of influence). Dengan mengubah diri kita,barulah kita mampu mengubah sesuatu yang diluar kawalan kita (circle of concern), iaitu masyarakat. Formula yang baik, bukan sahaja untuk berdepan dengan musuh, bahkan masyarakat kita kini. Beliau juga bercakap mengenai dua jenis manusia apabila berdepan dengan masyarakat, iaitu proaktif dan reaktif. Proaktif ialah yang mencermin diri apabila masyarakat melakukan kesalahan, reaktif ialah yang menunding kesalahan kepada orang lain. Tanpa menyedari empat jari lagi menunding arah diri sendiri kembali. Untuk lebih penghayatan silalah dapatkan. Nak lebih-lebih tak boleh=P

    Itu apa yang saya faham, mengenai kisah bab 6 ini. Untuk mengetahui kisah-kisah yang lain, sila dapatkannya dan baca ya=)

    ReplyDelete