Sunday, August 2, 2009

Surat Kepada Teman


Kepada temanku,

Assalamu alaikum, moga sentiasa dalam afiat dan rahmat yang esa. Doaku teman dan keluarga berada dalam redha Ilahi.

Teman, dahulu saat awal pertemuan kita, tidak pernah aku menanyakan kepadamu bagaimana kau menjadi jinak menagih kesejahteraan dan kebahagiaan dari suatu cara hidup yang diberi nama “Islam”. Juga tidak pernah aku bertanyakan padamu perjalanan hidupmu. Yang ku tahu, kau telah “Sejahtera”. Telah sejahtera diri, telah tunduk hati mengakui KeEsaan Allah s.w.t. aku tidak peduli siapa engkau yang dahulu. Aku hanya tahu, perakuan syahadah mu melayakkan kau mendapat hak sebagai seorang muslim. Hak sebagai saudaraku yang perlu aku tunaikan. Ikatan yang perlu dijaga bersama. Meski engkau tidak pernah meminta dan tidak akan meminta, namun ia tetap menjadi amanah dan perananku.

Hakikatnya, apa yang berlaku, aku tidak mampu menunaikan hak mu sepenuhnya. Aku pun tidak tahu apakah pernah aku memberikan hak mu. Saat aku ke menuju arahku, kita jarang berhubung. Apatah lagi bila kita sudah sama-sama berada di tempat yang sama. Organisasi yang sama. Sehingga kini aku gagal.

Pernah aku hadir ke bilikmu, sebenarnya bukan atas urusan yang lain, tetapi untuk bersua denganmu. Menatap wajahmu. Mendengar tawa ceria mu seperti yang pernah kita lalui suatu ketika dahulu. Tapi, ya, itu dahulu bukan sekarang. Nun jauh di dalam sanubari aku diselubungi rasa bersalah. Bersalah kerana jurang antara kita sudah seakan dalam. Juga bersalah kerana komunikasi kita tidak lagi petah dan dekat. Bertemu sekadar tersenyum atau lebih dari sekadar melihat dari jauh. Pelukan dan kemesraan semakin kering.

Teman, ingat lagi video yang kau buat untuk ku? Bermelodikan lagu Bingkisan Rindu, nyanyian Far East,

Antara kita tiada rahsia,
Susah dan senang kita bersama,
Terpatri namamu, kau takkan ku lupa,

Sudah bertahun lama,
Kita tidak lagi bersua,
Hanya tinggal kenangan,
Yang tak mungkin kita lupa,

Kirimkan gambar selalu,
Seiringan hembusan bayu,
Sekadar pengubat rasa rindu,
Di kalbu,

Pantas masa berlalu,
Meninggalkan kita semua,
Kembali sedari bertambah usia kita,
Potret lama masih ku simpan,
Ku bingkaikan kenangan,
Hingga terkadangku,
Tersenyum sendirian,

Perjalanan kita masih jauh,
Jalan nan berliku,
Bakal kita tempuh,
Imbaslah kenangan semalam,
Jadi azimat,
Penguat semangat,

Menempuh masa hadapan,
Harapanku kau kan bahagia selalu,
Padaku engkau penghibur duka,
Mengubat hati resah kecewa,
Di kala malamku kau bawa cahaya,

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu,

Teman, ku yakin dalam menempuh masa hidupmu, kematangan telah berakar dijiwa dan akalmu. Ketabahan dan keteguhan sudah tersemat dalam diri. Segenggam tabah tidak pernah dilepaskan. Ku berhajat agar kita kembali erat dalam setiap nafas.

Sekian dariku, umi dan abah menyampaikan salam padamu.

Dari Ridhwan,

(Boleh dapat “A” tak surat ni? (“,) )

* Hati dan perasaan yang tidak stabil boleh saja mengganggu gerak kerja, maka oleh itu perkukuhkan dan sucikan supaya akalnya boleh berfikir ”BESAR”.

2 comments:

  1. bersederhanalah dalam mengasihi agar kelak tak terasa sakit apabila dikecewakan

    ReplyDelete
  2. (^,^) Mengasihi kerana Allah tidak kan kecewa kerana tahu manusia datang dan pergi, utamanya mencintai pemilik kasih. renungkan yang tersirat disebalik pertemuan dan perpisahan kerana Allah. fikirkan juga yang tersirat di sebalik (hadis) tidak beriman seseorang itu jika tidak mengasihi saudaranya seperti mengasihi diri sendiri...

    ReplyDelete