Sunday, April 25, 2010

Mereka yang Dagang

Mereka yang tetap pada yang Satu
Mereka yang berada di jalan yang lurus
Mereka yang berada di luar aturan dunia fana
Mereka itu akan berada dalam dagang
Mereka itu bersedia
Dan sudi berada dalam dagang

Mereka yang dagang itu kelihatan pelik
Lain dari amalan biasa dunia kawalan
Menentang arus perdana
Terbalik dari normal ilusi minda
Keluar dari sistem ciptaan dunia

Mereka yang dagang itu bebas
Mereka yang dagang itu tidak gentar
Kerana mereka benar-benar gentar
Biarpun berdiri bersendirian
Sebenarnya mereka tidak bersendirian

Mereka yang dagang itu kelihatan salah
Meski sebenarnya benar
Mereka itu orang yang sabar
Mereka yang dagang itu
Awalnya sedikit, akhirnya banyak
Yang bersedia untuk dagang itu sedikit

Mereka yang dagang itu akan bangkit
Mereka tahu dan yakin
Dagang itu akhirnya akan hilang dagangnya
Itu janji...

Get out of the system! Get rid of the illusion!

2 comments:

  1. Perihal berkenaan Ghuraba’ ini pernah disentuh oleh baginda Rasulullah SAW di dalam sebuah hadis yang mafhumnya:

    “Islam bermula dalam keadaan asing, dan ianya akan kembali asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing”

    Beruntunglah!

    Mendengar nasyeed dendangan Saad Said Ghamidiy, boleh memangkin semangat sang dagang.. Semoga kita tergolong dalam mereka yang dagang. Amat mahu!

    Semoga kita di kalangan yang berani menegakkan yang benar, walau bilangannya sedikit. Teringat kisah Badar.. Sikit tak semestinya salah,ramai tak menjanjikan kemenangan!

    ReplyDelete
  2. Tibe~ Nak share, keluhan seorang rakan..

    "dulu, sy pernah di'pulaukan' slama setahun sy blajar di mktb ktika kursus KPLI Tesl... biasalah..klu kos tesl, org ingt msti yg vogue2..tiba2 sy hadir mncelah di kalngn mrk dgn imej tdung labuh..ramai yg x suka..sy bersabar slama 1thn dgn kpedihan..shingga housemate n psyarah sy sdiri x suka sy..tp ada yg ttp suka..
    bila sy dipostingkan, alhmdulillah sy dpt environment yg ramai pakai tdung labuh..tp kebanyakkannya bukn ustzh.. :)
    w/pun boss agak skeptikal dgn imej begini, sy x pduli.. asalkn kita usaha utk memenuhi piawaian pemakaian yg menutup aurat...
    biarlah kita bertahan dgn prinsip yg benar.. w/pun akhirnya kita berada di kalangan yg asing.. (ghuraba')


    Kata saya: Hmm, terlalu ramai akhir-akhir ini mengadu sebegini. Tapi, selagi kita sedar, kita benar. Jangan gentar walau kita asing/dagang/gharib.

    Bersama naikkan semangat rakan-rakan yang lain.. InsyaAllah, dorongan tidak mematahkan semangat walau bergelar ghurabak..

    ReplyDelete