Friday, April 23, 2010

Bahagian Orang Lain


Hidup adalah pemberian Tuhan. Segala yang ada dalam hidup adalah pemberian Tuhan. Setiap pemberian Tuhan pada kita, ada bahagian untuk diberi dan dikongsi bersama orang lain.

Rumah ada bahagian untuk dikunjungi tetamu, harta ada bahagian untuk yang memerlukan, tenaga kita ada bahagian untuk orang lain, ilmu kita ada bahagian untuk disampaikan pada orang lain, rezeki kita ada bahagian untuk binatang dan juga manusia. Apabila ada yang meminta dari kita, maka berikanlah. Memberi tanpa mengharap balas. Memberi tanpa meminta.

Pemberian itu adalah nikmat dari Tuhan. Tuhan Maha Memberi, masakan manusia terlalu bakhil utk memberi. Maka, berilah apa yg Tuhan beri pada kita. Maha Suci Allah.

2 comments:

  1. saya akan fikir begini, setiap yang kita miliki bukan milik kita akn trigger untuk sy sentiasa memberi, cnth penah rasa mcm sayang untuk beri sesuatu tapi bila fikir begitu..x fikir pnjang lagi n bg..astargfirullah..semua yg kita milik ujian buat kita..

    ReplyDelete
  2. Salam alaik...

    Aku setuju dengan ko...
    InsyaAllah, bahagian ko pun ada pada orang lain...

    Memberi ni macam sedekah...
    setiap yang keluar..tak kisahlah harta benda, tenaga, masa, ilmu dll tidak akan pernah berkurang, malah akan sentiasa bertambah dan semakin kaya..
    terutamanya kaya dengan pahala sebagai bekalan di alam abadi kelak...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget