Thursday, May 12, 2011

Puisi Al-Amin

Puisi Al-Amin. Puisi paling panjang yang pernah diketahui. Puisi tentang Rasulullah s.a.w. Puisi yang sekian lama dicari. Akhirnya PTS menerbitkan puisi ini dan aku membelinya sewaktu Hari Terbuka Kolej Dar al-Hikmah. Puisi yang pernah aku tonton di televisyen, dibaca oleh Pak Samad sambil menitiskan air mata. Puisi yang menggambarkan kecintaan dan kerinduan pada Nabi Muhammad s.a.w. Aku juga ingin sekali menitiskan air mata tatkala membacanya lantaran kecintaan dan kerinduan pada baginda...

Ya, Allah! Kurniakanlah kepada kami cinta-Mu, mencintai sesiapa yang mencintai-Mu, mencintai apa yang mendekatkan kami kepada cinta-Mu, jadikanlah kecintaan kepada-Mu lebih kami cintai dari air yang dingin...

Rasulullah adalah orang yang paling mencintai Allah, maka cintailah baginda!

Ya, Allah! Datangkanlah kerinduan dan kecintaan kami kepada rasul-Mu,

2 comments:

  1. assalamualaikum takde beli lebih ke?kalau boleh saya nak satu tetapi saya takde duit nak bayar cause saya still form 3 dan memang saya berminat sangat nak baca buku ni.kalau ada bolehlah sedekah dekat saya.

    ReplyDelete
  2. Alaikum salam, boleh2 insya Allah, abg boleh beri pada adik buku tu. adik emelkan pada abg maklumat adik supaya abg boleh sampaikan pada adik. jika dapat jumpa lagi baik :) emelkan ke khairulridhwan14@yahoo.com

    ReplyDelete