Wednesday, September 8, 2010

Wahai Si Gadis





Wahai gadis,

Dirimu adalah untuk DIA dan dia

Wahai gadis,

Kau adalah milik DIA,

DIA itu adalah Tuhanmu,

Tempat kembalimu, yang menciptakanmu,

Tuhan yang mengangkat martabatmu

Andainya kau bertaqwa,

Allah menyediakan dia yang soleh,

Andai kau menjadi solehah,

DIA Allah yang mengetahui segala,

Isi hati, perasaan dan cintamu,

Berikanlah hatimu pada Yang Maha Pencinta

Yang Maha Pengasih

Kerana jika kau memberi hatimu untuk cintaNYA

Kau akan mencintai apa yang ada,

Apa yang kau perolehi dan,

DIA akan menyuburkan cintamu pada DIA dan dia…

Wahai gadis,

Kau umpama permata berlian,

Tiada ternilai kau,

Tersimpan rapi khusus bagi dia,

Kau adalah untuk dia,

Hanya untuk dia,

Hanya dia yang layak,

Menatap keayuanmu,

Dia yang layak memuji kecantikanmu,

Dia yang pantas membelai dan memeliharamu,

Kau peliharalah harga diri dan nilaimu,

Supaya saat bahagiamu diperolehi si dia,

Si dia yang menundukkan pandangan,

Si dia yang menjaga kesuciannya hanya untukmu,

Dia itu bernama suami…


(Catatan: Puisi ini khusus untuk kalian wahai si gadis, kerana aku sangat menghargai harga diri seorang wanita. keayuan, kecantikan, kemanisan senyuman yang hanya untuk dia. Khas buat seorang suami.)

1 comment:

  1. hmm, teringat satu ketika.. sewaktu mendengar luahan seorang gadis.. kata dia,"susah kan jadi perempaun.."

    Susah.. memang susah.. namun didalam kesusahan itu saya temukan kekuatan dalam seorang gadis. Kagum dengan gadis-gadis di sekeliling yang kuat dan hebat. Apatah lagi para ibu, yang kekuatan mereka, pada saya lebih dari kekuatan dengan seorang lelaki. Diakui oleh seorang lelaki, yang katanya tidak betah mendukung anak selama yang dilakukan oleh sang ibu..

    hebat seorang wanita, bukan.. [sehingga kadang lupa yang saya juga seorang dari mereka.. moga dikurniakan juga kekuatan sebegitu.. Ameen]

    Terima kasih kerana menghormati, menyayangi dan menghargai seorang gadis, kerana tidak ramai yang sebegitu sekarang.

    ~Jundah

    ReplyDelete