Saturday, September 25, 2010

Peribadi

Buku bertajuk “PERIBADI” tulisan Prof. HAMKA sangat seronok untuk dibaca. Buku yang diterbitkan oleh Pustaka Dini ini bercerita tentang apakah peribadi itu, peribadi apa yang menjadikan tokoh-tokoh dunia hebat, bagaimana peribadi dibentuk dan pelbagai perkara tentang peribadi diri. Buku yang sesuai bagi mereka yang mahu meneroka diri dan mencari kekuatan membina peribadi. Buku ini dibeli oleh diri ini kerana terpedaya dengan “helah” seorang rakan yang membuat jualan buku saat telinga dan hati sedang khusyu’ menghayati puisi derita Palestin.

“Sheikh, mari jenguk-jenguk apa yang ana ada. Ana ada perkara baik untuk anta”

“Apa dia?”

“Pelaburan yang mampu meningkatkan diri. Ana ada jual buku sikit. Tengok dulu, kot-kot berkenan, tak berkenan tak pa” pujuk rakan dari utara ini.

“Erm, boleh-boleh”. Bila dengar perkataan “BUKU” hati terus tertawan. Buku-buku yang dihidangkan ialah koleksi Prof HAMKA yang sedang dicari-cari. Cuma buku sasaran “Pandangan Hidup Muslim” tiada. Buku Peribadi bersama dua lagi buku Prof HAMKA ‘disapu’. Buku ini dibawa pulang ke kampung untuk bacaan dan tanpa disangka-sangka menarik minat ramai orang. Pak Tam yang meminjam buku Peribadi saat diri tertidur di bangku, akhirnya memohon pada Abah untuk membelinya dariku. Abah kata, “Tak apa ambil je…” Satu-satunya buku Peribadi yang dalam diam-diam membantu orang lain pergi menjauh dariku… Ya Allah, redhakanlah hati ini… Engkau lebih Mengetahui…

(P/s: Siapa hendak buku ini?)

3 comments:

  1. Salaam...
    saya nak buku tuh....
    belanja tau...
    sy dah angkat tgn ni.. cuma tak nmpak ja...
    penat dah angkat tgn ni...
    hahahha

    ReplyDelete
  2. Pak Wawan tgh usaha dptkn sejumlah buku tersebut yg ditempah. jika dapat pak wawan gtau ya. tang belanja tu... ha3 x tak pek nak nolong ea..

    ReplyDelete
  3. laa.. ingtkan nak belanja semua org yang baca artikel ni...

    tak pa nah... ha3

    ReplyDelete