Teman: Salam..
Insan: ‘Alaikum salam
Teman: Jom la ke klate. A nikah.. tahu kan? Kenal kan? Dengan B.
Insan: Ke klate? Kenduri sebelah B ya?
Teman: Ke nak pergi Perak? Klate.. sebelah A lah.. sebelah B bulan 11 di KL..
Insan: Dah tu Perak tu?
Teman: Melawak saja lah..
Insan: Oh, Perak tu kamu ye?
Teman: Yo la.. Eh.. tapi kalau kenduri saya.. abang jangan tak sampai pula Perak
Insan: Kenduri kamu di Perak, jika ada kesempatan abang usahakan datang. :)
Teman: Abang punya kenduri.. tak jemput saya siap...
Insan: Amboi, lambat lagi tu.
Teman: Teringat saya pada arwah Onn. Saya pernah tolong dia. Subjek ape tak ingat. Dia cakap nak belanja. Saya cakap dengan dia, tak perlu. Nak tahu dia cakap apa…
Insan : Apa dia?
Teman: Sampai sekarang saya ingat. Dia nak belanja saya makan nasi minyak dia semasa umur dia 25 tahun. Sedih rasanya. Wamakaru wamakarallah, wallahu khairul makirin. Hmm, mana tahu abang datang bukan kenduri walimah saya… tapi kenduri arwah saya…
Teman: Itu, jika saya tak jemput… abang datang kan?
(Terdiam. Lama ambil masa untuk balas mesej rakan ini. Tidak tahu hendak kata apa. Malam itu terasa sunyi pula)
Insan: Insya Allah, kalau jasad abang tidak dapat hadir, Insya Allah, doa abang sampaikan
Teman: That is the best. Say my name in your dua always, ok. Baru dikatakan sahabat dunia akhirat.
(Mampukah diri ini menjadi sahabat dunia akhirat? Dalam usia yang makin lanjut, muda yang sebelum tua perlahan-lahan berlalu. Kematian semakin saja hampir. Panjang umur bukan usianya, panjang umur pada amalnya. Dalam akal yang kealpaan, moga hadirnya ingatan… doa dipanjatkan…)
Subhanallah bang.. SUbhanallah. MOga panjangnya umur dipenuhi amalan
ReplyDelete