Apa pun jadi,
hati mahu kuat
Ibrahim. Hajar
Dia percaya dan percaya dia
Dia tahu,
Dia juga tahu,
Tuhan tahu.
Tekad dia meninggalkan.
Tabah dia ditinggalkan.
Lurus.
Jadi matang. Jadi bimbing
Puja mereka sesak.
Aku tercabar
usaha lapang.
Nekad kau pertama
Dan terakhir.
Serius. Komitmen.
Aku sama. Kau pun sama.
Percaya dan yakin.
Sama-sama bersama.
Sabar. Tunggu.
Belum tiba,
Belum lagi.
18 sya’ban 1431H
menutup hati kepada org lain?mesti dah ada pilihan hati kan.tahniah,wlau ht kciwa
ReplyDeleteHati tidak ditutup kerana jika hati ditutup, maka kering lah hati itu. Hati seorang manusia adalah untuk semua orang, untuk ummat. segarnya hati memberi kasih untuk berbakti. mengakui setiap hati milik Tuhan, kecewa itu bukan dalam pemikiran...
ReplyDeleteJIKA NANTI
ReplyDeleteJika nanti
bertemu hari-hari
yang meniti
dalam sepi
jangan lepaskan genggaman
mimpimu yang berdandan
menara cita
mendakap senja
di muara.
Jika nanti
berulang sepi
menjadi ngeri
dan langkahmu mati
di jernih kali
jangan agihsuramkan
keheningan
restu pagimu
mencium debu
berangin lara
di rimba.
Betapun resah
mimpi dan restumu
akan jua berpaut menjunjung sumpah
di pulau singgah
jika nanti
gerak hati
kecintaanmu
tidak rebah
ke pangkuan sendu
kembara yang kalah.
-Dharmawijaya,
Mutiara Kenangan