Sunday, July 1, 2007

Hak Sahabat


Tit! Tit! Telefon bimbit saya berbunyi. Mesej baru masuk (begitulah lebih kurang bunyinya, walaupun sebenarnya adalah lagu jejak rasul). Saya mencapai telefon bimbit pemberian abah, dan dengan pantas menekan butang ”show”. Lalu terpampanglah mesej berikut yang dihantar oleh seorang sahabat saya yang kecil molek:

”Macamana kita nak puaskan hati sahabat-sahabat?” Hmm... saya pun mula berfikir, lalu saya pun menaip ayat-ayat ini:

”Antara sahabat ada hak yang perlu ditunaikan. Maka hak mereka ini yang harus diambil kira. Kita tunaikan hak mereka, seperti disayangi, diziarahi dan lain-lain”.

Hmm... bolehlah agaknya. Lalu saya terus hantar mesej tersebut. Setelah beberapa saat (agaknya) saya hantar lagi mesej.

”Seringkali kita menuntut hak kita tapi kita lupa menunaikan hak sahabat kita. Jangan risau tentang hak kita yang tidak ditunaikan, tetapi fikirkan tentang hak sahabat kita yang perlu kita tunaikan. Itu lebih baik. Apabila masing-masing saling menunaikan hak jadi tidak akan timbul rasa ketidakpuasan hati”

Setelah beberapa lama, sahabat saya membalas. ”kalau kita dah tunaikan hak, tapi dia masih tak puas hati?”

Hmmm... saya diam berfikir. Pandangan anda?

Pada saya konsepnya mudah – seperti pipit mahu memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim – buat dulu kerja kita. Dalam persahabatan yang sebenar, kita akan menghadapi suka dan duka. Suka dan duka seharusnya diharungi bersama, baru boleh rasa erti persahabatan.

1 comment:

  1. Memang susah nak puaskan hati semua orang, tapi buat apa nak puaskan hati orang, kalau kata-kata Allah kita tak dapat patuhi.

    Seringkali dalam keadaan begitu, kita berada dalam keadaan nak puas hati orang, sedangkan hak Allah kita ketepikan. Yang aula pada pandangan Allah kita nafikan.

    “Orang yang ikhlas hanya ada satu Tuhan untuk dijaga dalam hidupnya, orang yang tidak ikhlas pula punya ramai ‘Tuhan-tuhan kecil’ untuk dijaga hatinya.” Pahrol Md Juoi..

    Wallahua'lam~ sekadar pandangan peribadi.

    Raihan COMRADE

    ReplyDelete