Friday, July 20, 2007

Usia Persahabatan Mempengaruhi Kemesraan

pakai tandas
6 minggu: tak apa, kau dulu aje lah, aku tak buru2 .
6 bulan: masih lama tak nih?
6 tahun: brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!

Balas SMS:
6 minggu: iye, takpe aku tolong, jap g aku datang bilik kau,
6 bulan: jap ye..
6 tahun: k..

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti beli yang lain
6 bulan: huh, nasib baik mood tengah baik.
6 tahun: jangan harap!

pinjam baca buku:
6 minggu: nak pinjam? takpe ambillah.
6 bulan : Sekejap eh, aku tengah baca.
6 tahun: nak, beli la sendiri!

makan
6 minggu: tak de duit? takpe, aku belanja.
6 bulan: sorilah aku pun cukup-cukup je.
6 tahun: aku lapar ni! aku tengah makan, jangan kacau!

pergi kelas
6 minggu: kelas kau kol berapa? jom gerak sekali.
6 bulan: wei, aku g dulu.
6 tahun: lambatlah kau! tap tap tap (bunyi tapak kaki)

Telefon:
6 minggu: ada orang nak cakap dengan kau!
6 bulan : Eh...tepon kau bunyi...
6 tahun : WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH....ANGKAT AH!!!

birthday:
6 minggu : suprise, selamat hari jadi! ni kek kau
6 bulan : aku mampu bg kad je..
6 tahun : birthday kau? bila? lupa la..

benarkah perkara ini berlaku? moga-moga tidak...

1 comment:

  1. Alhamdulillah, temanku benar-benar teman.. Mencintai dan mengasihi kerana Allah..

    Alhamdulillah, saya dikurnia Allah teman-teman yang mengajak saya berdisiplin dalam solat, teman yang mengingatkan saya tentang kematian, teman yang mengajak saya mengisi masa muda dengan ibadah, teman yang menyedarkan saya benteng yang perlu ada diantara lelaki dan wanita.

    Alhamdulillah, saya dikurniakan teman yang mengajar saya erti hidup, mengajar saya hidup berdikari, tidak bergantung kepada kekuatan lelaki semata-mata, bahkan mengajar saya untuk habis bertanya kepada semua wanita, barulah meminta pertolongan lelaki jika sudah terdesak.

    Indahnya persahabatan kami! Ya Tuhan, tatkala orang lain mendoakan jodoh masing2 di depan Kaabah, aku memohon kepadaMu agar ukhuwah kami senantiasa berkekalan, senantiasa terjaga, senantiasa bertambah mesra, Ameen.. semoga kami terus begitu..

    Semoga kami ditempatkan semuanya kedalam syurga Allah.. Ameen

    ReplyDelete