Berdasarkan statistik tersebut, pembaca buku di Malaysia yang paling ramai adalah dalam lingkungan umur antara 18 hingga 24 tahun sebanyak lebih 38%, dan diikuti dengan pembaca berumur antara 25 hingga 34 tahun dengan lebih 33%. Pada masa yang sama juga, pembaca buku lelaki adalah lebih ramai daripada perempuan, iaitu sebanyak 53%.Ucapan Tahniah harus diberikan kepada yang rajin membaca buku. Ini adalah suatu peningkatan yang amat memberangsangkan.
Saya bertemu dengan rakan yang belajar di Mesir yang kembali ke Malaysia kerana krisis di Mesir. Beliau memberitahu bahawa pelajar-pelajar Malaysia di luar negara juga semakin rajin membaca buku dan kitab agama. Mereka menelaah bersungguh-sungguh sehingga berjam-jam lamanya.
Buku-buku yang dibaca oleh mereka terdiri daripada pelbagai latarbelakang penulis. Tulisan-tulisan buku bacaan mereka itu ada yang santai, beremosi, serius, cinta dan sebahagiannya sukar difahami. Namun, melalui buku-buku tersebut, pembaca-pembca diberi ruang untuk memberi komen atau mengkritik penulis. Malah sebahagian meluapkan emosi dengan serta merta. Ini adalah suatu kelebihan yang tidak terdapat pada buku-buku sebelum ini. Buku-buku yang sebelum ini amat berat dan sukar dibaca. Ada waktunya memerlukan penelitian yang mendalam. Ini amat sukar bagi pembaca-pembaca sekarang.
Buku-buku terbaru bacaan rakyat Malaysia ini berjaya mencuri tumpuan pembacanya sehingga mampu untuk menelaah buku-buku berulang kali dan berjam-jam lamanya. Selain itu, pembaca juga boleh memohon untuk membina jaringan dengan rangkaian dengan pembaca lain, mahupun menambah buku dengan mudah. Meskipun kadangkala penulis-penulis buku itu tidak dikenali latar belakangnya.
Apa-apa pun perkembangan ini suatu petanda yang sangat baik bagi rakyat Malaysia yang rajin membaca buku keluaran terbaru ini.

Tahniah kepada pembaca BukuWajah (kata kawan-kawan saya di universiti, mereka guna nama ini) kerana telah beralih arah dan melupakan BUKU-BUKU YANG ADA DI RAK-RAK PERPUSTAKAAN MAHUPUN DI KEDAI BUKU.
Tahniah kepada pembaca FaceBook atas penumpuan dan luangan masa menelaahnya kerana tidak lagi berhadapan dengan kebosanan BUKU-BUKU ILMIAH PENULIS-PENULIS BESAR!
Tahniah juga kepada pembaca-pembaca buku agama WajhulKitab (kata kawan saya yang belajar di Mesir, mereka panggil nama ini) YANG SANGAT MENDIDIK DIRI BERBANDING AL-QURAN ATAU KITAB-KITAB DASAR AGAMA YANG BERAT DAN BERJELA-JELA AYATNYA!
Tahniah yang tidak berbelah bahagi kerana meningkatkan kadar kepenggunaan FaceBook di internet dan MENGALAHKAN KADAR PEMBELIAN BUKU-BUKU DI TOKO-TOKO BUKU! Ucapan tahniah diucapkan dari saya!
(Aku Menongkah Arus!)
salam,
ReplyDeletesekarang pembaca lebih gemar mencari bahan bacaan dr internet, banyak dan percuma...
Sinikal. Dengarkan kisah dari En.Azam- FB antara salah satu senjata dakwah & alat kebangkitan orang muda.
ReplyDeleteMasih ramai malah mungkin bertambah si penatap FB itu membaca & membeli buku-buku [seperti yg diceritakan di atas].
Xpe. semua org ada pendapat masing-masing.. :)
-a.K.u yg selalu melawan kata... haha