Tuesday, November 3, 2009

Tuhan, Aku Tidak Tahu


Beberapa hari ini hangat dengan isu berkisar perihal Dr. Asri, JAIS, YADIM, Persatuam Peguam Syarie, 13 NGO, memorandum, perlantikan sebagai pengarah YADIM dan macam-macam lagi. Tidak mahu banyak komen.

Sebahagian mungkin sudah masak dengan hal-hal berkaitan, manakala sebahagian lagi masih terpinga-pinga. Ada yang responsif ada yang buat tidak tahu. Ada yang tajam, ada yang sinis dan ada yang O.K la. Ada yang sokong ada yang lawan. Menarik untuk dijengah dan dibaca adalah artikel Ust Hasrizal bertajuk Justifikasi Seorang Teman (rujuk laman web beliau)

Aku? Aku tidak tahu.

Saat fajar menjelma, diri ini berbisik kepada Tuhan, dalam dingin embun dinihari,

"Wahai Tuhanku, sungguh aku tidak akan pernah tahu apa yang Kau aturkan buat kami. Aku berada dalam keadaan sungguh tidak tahu. Ya Allah, ummat ini. Ya Allah, ad-deen ini, Islam. Wahai Tuhanku, saat aku berada dalam ketidaktahuan ini, pimpinlah daku menuju jalan redhaMu. Palingkan aku diatas ketaatan kepadaMu. Tetapkan hatiku hanya padaMu"

"Tuhanku, dalam kami menghadapi cabaran dan hari-hari mendatang, berikan kami petunjuk, pandulah kami dalam membuat keputusan yang terbaik. Keputusan yang membawa kebaikan kepada ummah, kepada alam ini sama ada yang kami ketahui atau tidak"

"Wahai Tuhan, aku tidak tahu kerana itu aku berserah padaMu..."

2 comments:

  1. dengan yang demikian itu, carilah kebenaran..

    ReplyDelete
  2. Tambahan, tujuan menambah ilmu.

    http://www.zaharuddin.net/content/view/887/72/

    Cadangan bacaan, tulisan seorang Protaz, Ustaz Zahar. Bagi saya, beliau amat adil dalam memberikan pendapat dan membuat ulasan dalam isu ini. Mengetengahkan hujah yang mantap, bukan emosi. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete