Sunday, June 28, 2009

Huraian Makna Puisi Retorik Hati

Rangkap pertama, hati yang bobrok, hati yang telah rosak. Mulut berkata tetapi tidak beramal

”wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?. Besar kebencian AllaH jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.” As-Saf:2-3


Rangkap kedua, meskipun manusia lain tidak dapat tahu apa yang ada di dalam hati kita tetapi ”ketahuilah bahawa Allah tahu apa yang terkandung di dalam diri kamu, maka takutlah kepadaNya” Al-Baqarah:235


Rangkap ketiga, lidah alat yang digunakan untuk bercakap hal-hal dalam hati. Petah berbicara, akhirnya binasa kerana kata-kata sendiri.

Walaupun si lembut (lidah) diam; mulut tidak berkata-kata, hati yang berpenyakit akan merosakkan diri.


Rangkap keempat, berkaitan dengan rangkap ketiga mengenai hati yang berpenyakit. Dalam diam, hati mencaci, memaki membuat fitnah. Insinuasi bermaksud berkata yang tidak benar (sila rujuk kamus dewan bahasa)


Rangkap terakhir, Pemikiran yang tidak bijak berpunca dari keruntuhan iman. Zikir dan fikir tidak ada. Yang batil, yang salah, yang dosa terasa benar, betul dan sebaliknya. Keterbalikan ini yang ditegakkan oleh hati yang rosak. Saat itu hati sudah jauh dari Tuhan dan menjadi hitam, kotor tidak lagi suci.


kesimpulannya, tuan-tuan fikirkan sendiri.

1 comment:

  1. Subhanallah.. Semoga apa yang awak usahakan dimudahkan jalannya oleh Allah..

    Semoga kita
    Utuh teguh dijalan Allah
    Kerana kitalah si kerdil yang daif
    tak pernah berhenti mengharap kerdipan hidayahMu
    didada alam penuh rahmat
    laksana kejora dilangit malam

    Ku mahu jadi seperti kamu!

    ReplyDelete