Monday, July 11, 2011

Bahasa Terindah Tuhan


Apabila pagar dilihat setinggi langit

Namun rahmat dan kasihNya melangit tinggi,

Tiada tertanding


Apabila kapas dirasa seberat gunung

Zikrullah meringankan dan menenangkan

Tiada tertimbang


Apabila dunia terasa sempit

Hakikatnya pengampunanNya lebih luas dari angkasa

Tiada terbatas


Apabila nafas terasa sesak

Hakikatnya nikmatNya lebih dari cukup

Untuk melapangkan


(Apabila hati gelisah

Jiwa resah

Semangat mengalah

Tanda jauh dari Allah


Allah…

Terasa sangat jauh dari Mu


Allah…

Aku tidak mahu menjadi

Orang yang menambah kayu api

Namun tidak berdaya mengangkatnya…)

No comments:

Post a Comment