Monday, November 29, 2010

Apa itu matang?

(11/29/2010 3:58:56 PM)Suatu hari saya berbual-bual dengan seorang rakan tentang perancangan masing-masing dan berbagai-bagai persoalan. Lalu, tiba-tiba sahabat saya itu berkata, “Saya tidak matang. Entahlah”. Lantas saya berfikir, mengapa sahabat ini berkata begitu? Apa maksud matang itu sendiri? Lalu saya bertanya kepadanya,

“Apa maksud matang?”

“Mature”

“Ya, itu sinonimnya. Pengertian matang itu apa?”

“Bersikap dewasa. Dewasa dalam semua benda. Boleh menimbang secara rasional dan bukan menurut nafsu. Meletakkan serta melihat dan bertindak terhadap sesuatu perkara pada tempatnya. (11/29/2010 4:03:19 P

Wah, bagus sahabat ini dengan baik dalam masa yang ringkas! Lalu saya juga segera mencari maksud matang dalam internet menerusi laman web DBP. Lalu saya membalas dengan mengambil maksud yang diperolehi.

“Maksud matang yang pertama ialah sudah masak; sudah cukup besar atau sudah cukup tua. Maksud yang kedua ialah sudah banyak pengetahuan atau pengalamannya; banyak mengetahui serta memahami sesuatu”.

(Hmm, sudah cukup tua? Pemikirannya yang tua, bukan usia. Usia juga ada matangnya kerana jika tidak ada matangnya usia, maka tidak tua-tua juga kita. Maksud kedua lebih menerangkan kaitan matang dengan tua. Bukankah orang tua itu sememangnya “Banyak pengetahuan atau pengalaman; banyak mengetahui serta memahami sesuatu”? The wisdom of the eldest. Perkataan pengetahuan itu ada kaitan dengan ilmu. Perkataan pengalaman ada kaitan dengan perjalanan hidup. Manakala memahami pula sanmgat berkaitan dengan kekuatan perasaan dan pemerhatian. Ketiga-tiga ini sangat berkaitan antara satu sama lain, lalu berhubung kait pula dengan hikmah). Kemudian saya menambah setelah member maksud matang itu,

“Pematangan itu suatu proses berterusan. Sentiasa akan ada matang selepas matang”. Lihat saja kepada umur, kan berterusan tidak berhenti hingga ajalnya.

“Nabi Muhammad juga melalui proses pematangan. Pada usia 20-an, baginda membuat keputusan perihal hajarul aswad. Ini matang pada peringkat umur itu”. Rasulullah mendapat didikan pematangan terus dari Allah bermula dari kecil hingga menjadi rasul.

“Kanak-kanak matang pada peringkat umur mereka dipanggil mumaiyiz. Tahu beza baik dan buruk. Apabila meningkat tua, matangnya naik kepada memahami keadaan dan situasi. Mampu membuat keputusan yang lebih baik. Seterusnya matang itu naik lagi dan lagi dan lagi. Sentiasa meningkat. Barangkali kita belum sampai tahap matang peringkat 30-an 40-an (kerana kami masih 20-an) sebab itu ada kesilapan dan pembelajaran. Kesilapan dan pembelajaran adalah proses pematangan. Kalau orang tua dok tengok anak muda kuat bersukan dan mengembara ke hulu ke hilir, mereka kata tidak matang silap la sebab semula jadinya anak muda memang begitu”. (Kalau yang kata begitu). Haji Rhoma Irama ada satu lagu bercerita tentang anak muda bertajuk “Darah Muda”.

“Proses pematangan itu juga bergantung kepada apa pengalaman (background) dan cara orang itu menghadapi cabaran itu. Kalau berkata, “Ah, aku memang tak matang, suka buat itu buat ini, biarlah”, jadi matangnya setakat tidak main-main seperti budak-budak kecil saja lah. Matang setakat tidak berhingus di hidung”. Panjang pula celoteh saya.

“Bahagian akhir itu tidak faham. Bahagian, “aku memang tidak matang” dan matang dia takat tidak main macam budak-budak kecil saja la”.

“Contohnya, umur sudah 20 tahun. Matangnya sudh boleh memahami situasi untuk bertindak. Emak tengah mengemas rumah tapi dok tercongok depan TV, buat tak tahu emak tengah mengemaih. Serupa budak la nak kena suruh baru tahu kena buat perkara itu”.

“Oh, faham! Faham!”

“Matang setakat tak berhingus di hidung tu, contoh, dah besar sedikit, dah mula masuk alam remaja, sudah pandai mahu hensem-hensem dan mahu comel-comel. Jadi hinguih tak boleh meleleh sebab penampilan perlu dijaga” Ha! Ha! Ha! Saya ketawa.

“tapi kalau orang-orang tua kata, budak tu tak matang lagi, tak boleh kahwin lagi tu, apa definisi matang macam tu?” Ah, terngadah saya nak menjawab!

“Bergantung pada orang itu tengok matang tu bagaimana. Jika dia tengok matang tu, kerja pun tiada lagi, ngemaih rumah pun tak reti, takat tang tu saja la. Tak ditengok sangat perkara dalaman. Kalau begini lain sikit, ini pandang orang beriman, solat dia bagaimana? Al-Quran hafal banyak mana? Kalau orang gerakan, dia aktif tak dalam dakwah? Dia rajin dating usrah? Maleh datang? Uih, tak payah! Tak payah!” entah sesuai entah tidak contoh yang diberikan saya. (jika tidak betul tolong betulkan). Saya rasa orang tua yang kata begitu, lebih melihat kepada sikap. Sahabat saya ini lebih banyak mendengar. (atau sebenarnya saya yang bercakap tidak henti-henti, (T,T)

Saya menambah lagi

“lalu dia kata, tak sampai tahap (matang) yang saya hendak”. (walaupun tidak guna istilah matang secara langsung tapi kena pada konsep)

“Apa pun, sekali lagi, bergantung pada orang yang pandang ‘matang’ itu. Yang penting sentiasa sedar bahawa matang itu proses berterusan dan pendidikan. Dah budak tu macam tu, buatlah sesuatu bagi dia menngkat lebih baik. Awak dok kata dia tak matang, tapi tak buat apa-apa, maknanya yang kata tu pun tak matang (secara jahatnya)” saya berseloroh.

Standard matang yang perlu dicapai saya kira boleh kita teliti seperti yang ada dalam al-Quran dan sirah. Pada pandangan saya, untuk menilai di mana tahap kematangan kita, nbleh kita sama-sama kaji, sifat-sifat dan kematangan Rasulullah dan para sahabat pada peringkat-peringkat umur mereka untuk dibandingkan dengan kita.

2 comments:

  1. bgs sgt penyampian ttg definisi matang...

    ReplyDelete
  2. Sy sgt bsetuju dgn penyampaian anda mengenai sikap matang itu sendiri...mentaliti masyarakat kita hari ni apabila muka sudah mature mka itu dinamakan matang...apabila sudah kahwin maka itu sudah matang..sebenarnya matang itu sebagaimana yang anda huraikan ...pencapaian kita dibandingkan dgn para sahabat...apabila kita sedar akan kepentingn jaga persahabtan..senang utk bermaafan..berfikir sebelum bercakap..mengikuti setiap apa yg Allah perintahkan kpd kita..berfiki secara rasional dlm setiap keputusan atau perkara yg hendak dilaksanakan...sebenarnya senarai ini tkde penghujung kerana matang itu proses yg btetusan dlm kehidupan

    ReplyDelete