Si jim. alif. ha bulat. ya. lam,
Tidak kenal rupa,
Semua yang lain salah belaka,
Disangka benar, rupanya onar
Mahu berkuasa, retorik semata
Impaknya musnah segala,
Antara dua mudarat,
Rupanya si jahil lebih berkarat
Si jim. alif. ha bulat. ya. lam,
Memaki hamun, menghambur kata,
Tidak kira dosa, kononnya pahala,
Ini apa? Tukar semua, tidak ada makna,
Angkuh mendabik dada,
Walhal aib sendiri terbuka
Si jim. alif. ha bulat. ya. lam,
Celaru kepala,
Bersembunyi disebalik agama,
Berselindung disebalik kata-kata,
Mereka mengangguk kepala,
Dia guna Ruang Media
Dan Ringgit Malays111a
Rosak Masyarakat,
Kononnya citra Rasa Muslim... ah!
Gembiralah hati suka ria,
Lampu hijau sudah menyala,
Jalanlah... sebelum merah pula tiba,
Si jim. alif. ha bulat. ya. lam,
Mengundang murka yang Esa,
juga benci manusia,
sesal, sesal...
Ah! Si jim. alif. ha bulat. ya. lam, ini lupa,
Dia ada pencipta,
(Cik, cik, apa yang cik faham? Betul ke apa yang cik faham ni? Cuba faham, usaha faham. Buat-buat tak faham?)
Ah, monolog! Sinisnya.... siapa? aku ke? Lurus dan bengkok...
Sesuatu yang tidak boleh dimaafkan, bukan? Ya, dia ada pencipta. Moga kita tidak turut diturun bala atas sebab tindakan dia. Jangan sampai kita dipandang dunia menghina Islam.Na'uzubilah
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteem, rasanya lbh betul kalau tajuk post ini :
si jim-alif-ha bulat-lam..
mngikut ejaan bhs arab yg betul.. :)
klu kita anggap ejaan salah sebab jim-alif-ha bulat-lam, boleh tak? amacam? he he he
ReplyDelete