Saturday, October 30, 2010

Mikrofon dan Pembesar Suara


Aku jaga pada pagi ini Ya Allah, dengan kesedaran bahawa kerajaan ini berada di tanganMu. Segala puji bagi Allah. Tiada sekutu bagiNya. Tiada Tuhan melainkan Dia dan kepadaNya kami akan dihimpunkan.

Aku dijagakan olehNya dengan lantunan azan dari pembesar suara,

“Allahu akbar! Allahu akbar!”

lalu disusuli dengan panggilan lembut teman sebilik, “Wan… Wan… Bangun”

dengan kudrat yang diberikanNya, kaki melangkah untuk membersihkan diri dan berwudu’. Jasad dibawa ke musolla. Solatlah insan dalam barisan saf-saf yang lurus, tunduk dan sujud pada Pencipta. Usai solat masing-masing berzikir, dan hadir seorang teman ke hadapan mengambil mikrofon dari imam untuk menyampaikan tazkirah.

“Assalamu alaikum, my respected brother, we are in the middle of exam period. For this, many students are worry whether they fail or pass the exam”.

Lalu teman itu mengkhabarkan satu cerita dari sirah dan dibacakan satu ayat Quran mengaitkan dengan yakin dan usah risau.

“We don’t have to worry for the exam. The exam of UIA can be repeated, but one thing to ponder, can we repeat the exam of Allah to us?”

Kemudian peringatan disambung dengan satu kisah di perang Khandak. Kali ini isinya berkenaan kecintaan kepada Rasulullah.

“Abu Bakr, love phophet s.a.w. . We as a muslim should cherish our love to Rasulullah and follow the sunnah”. Disambung lagi beberapa ayat oleh teman ini dan diakhiri dengan tasbih kifarah setelah selesai tazkirah. Lalu dia duduk bersebelahan imam sambil jamaah bersurai kembali ke bilik masing-masing.

Dalam hati terdetik, Alhamdulillah, hari ini ada peringatan tentang “La tahzan, innAllaha ma’ana” dan “hubbu al-rasulullah s.a.w”. Sejauh mana kita ini bergantung kepada Allah dan sejauh mana kecintaan kita kepada Rasulullah s.aw.. Hari ini niatnya mahu baca ma’thurat sehingga selesai di musolla. Tiba-tiba datang seorang lelaki duduk bertemu dengan teman yang memberi tazkirah.

“Who give the speech?”

“I gave”. Perbualan seterusnya sama-samar yang kemudiannya menjadi rancak kerana disambut oleh seorang lagi teman .

“Why are you using the microfon?”

Pokok perbualan itu adalah mengenai pembesar suara dan mikrofon.

“You are forcing other to hear it”

Lalu dibalas, itu adalah untuk tujuan dakwah, maslahah. Azan dialunkan untuk panggilan mendirikan solat. Sistem itu diminta oleh majoriti penghuni mahallah. Sistem siaraya itu untuk tujuan Azan, iqamah, bacaan quran dan tazkirah. Ia adalah sunnah.

“What? What sunnah? Why do you have to use it?”.

“It is a culture. It has been used all over the world”.

“This is not sunnah”.

“It is use for only 15 minutes brother. ….. ” panjang lagi hujah balas kepada lelaki itu. Hebat perbahasannya kerana disertai oleh beberapa lagi orang di musolla yang tidak tahan mendengar hujah lelaki itu. Ini perlu dipertahankan! Itu barangkali yang terdetik di hati mereka. Pendek ceritanya, lelaki itu tidak setuju penggunaan sistem siaraya untuk tujuan Azan, iqamah, tazkirah dan bacaan Quran kerana ia mengganggu “privacy”. Peristiwa ini seperti yang pernah terjadi suatu ketika dahulu di bumi Malaysia. Masih ingat?

Hari ini Allah hendak ajar sesuatu dan aku hendak kongsi cerita ini dengan kalian, wahai rakan-rakan. Apa yang boleh dipelajari? Apa hujah dan pendirian rakan-rakan? Bagaimana perkaitan isi tazkirah, pergantungan kepada Allah dan kecintaan kepada Nabi Muhammad s.a.w, dengan peristiwa ini? Apa dan bagaimana akhlak kita?

2 comments:

  1. aku ingat kau stress sbb xm.. haha :p

    ReplyDelete
  2. Mula-mula nak periksa hari sabtu, terasa tekanan, tapi bila tazkirah tu isinya, "Why worry?" buat aku jadi lapang dada. Kebergantungan kepada Allah!

    ReplyDelete