“Kau adalah sahabat aku yang ke 11”, begitulah kata-kata sahabat saya yang saya temui dan ketahui wajahnya di Matrik UIA (bilangan ke 11 itu saya sebenarnya tak pasti sama ada betul atau salah, terlupa). Sebelum itu saya sudah mengenalinya di sekolah tetapi Cuma tahu namanya saja tidak pernah bersua muka. Sahabat saya itu bersekolah di Kuching manakala saya bersekolah di Miri.
Namanya menjadi sebutan setelah rakan-rakan sekolah saya yang mewakili Sarawak bahagian dikir barat pulang dan sering menyebut-menyebut nama sahabat saya itu kerana dia telah berjaya merangkul johan bersajak dalam pertandingan Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Disebabkan namanya menjadi sebutan, saya pun berasa kagum, dan terniat ingin berjumpa. Kuasa Allah mempertemukan kami di Petaling Jaya. Dan Alhamdulillah kami bersama-sama berada dalam ‘kemuliaan Islam’.
Kami telah sepakat memilih lagu tema. Lagu ini sering didendangkan bersama, lagu yang dinyanyikan oleh Amar, tajuknya saya tak ingat, tapi liriknya lebih kurang begini;
Ukhuwwah yang terbina persis sekuntum bunga,
meskipun kini kita terpisah demi kasihnya,
namun cebisan kenangan kita,
sentiasa bermain di bayangan mata,
Entah salah entah betul (maaf ye saudara Amar andai salah). Asal saja berjumpa, kami sama-sama menyanyi. Bagaimana dan bila lagu ini jadi lagu tema, saya tak pasti.
Teman saya ini punya semangat yang kuat ketika bekerja. Fokusnya melebihi orang lain. Dan saya pula cukup gembira melihat hasil kerjanya, berkualiti. Selain itu dia juga cukup pandai menghiburkan teman-teman seperjuangan. Tak kering gusi saya dan yang lain mendengar celoteh dan melihat telatahnya.
Di saat kejatuhan, alhamdulillah kami akan sama-sama bangun, di saat kegemilangan, alhamdulillah kami sama-sama bersyukur. Alhamdulillah, kami sama merasa susah senang dan menikmati persahabatan yang dibina.
Kini sahabat saya itu kembali bangkit setelah mengharung kesukaran. Dia bangkit dengan semangat juang yang cukup tinggi. Ya, pengalaman mengajar. Tidak ada senang sebelum susah.
Tinggal saya berseorangan, mengelamun sendirian. Kadang-kadang terasa kehilangan kerana dia betul-betul sekepala dengan saya. Tetapi, alhamdulillah dan insya Allah, Allah pertemukan dengan yang lain. Semoga kita berjumpa lagi teman!
Tinggal saya berseorangan, mengelamun sendirian. Kadang-kadang terasa kehilangan kerana dia betul-betul sekepala dengan saya. Tetapi, alhamdulillah dan insya Allah, Allah pertemukan dengan yang lain. Semoga kita berjumpa lagi teman!
(Coretan penghargaan buat teman-teman sekalian, terima kasih semua!)
... lost contact ke? Carilh blk klu dia 2 btol2 bermakna buatmu.
ReplyDelete