Iman : Assalamualaikum, bos
Diri : Waalaikumussalam wbt.lama sik nanggah kitak.kitak cuti kah?
Iman : sik eh, jabatan kamek rasa kitak sik maok kamek gik..
Diri : Laa..kenak kitak madah camya? pentadbiran diri kamek
berterabur nek tok bila jabatan kitak sikda..
Iman : sikdalah, kamek liat banyak pekerja tambahan kitak
ambik.VCD,SMS, TV..jadi kamek rasa terpinggir
Diri : sik tauk eh, waktu cuti sebulan tok kamek sik pernah nggaji
sidak.Tapi sidak rajin gilak molah kerja, kerja sikda gaji,tapi
banyak juak duit kamek habis...ne tauk eh
Iman : ya la pasal, kamek agak rasa kitak lupak kamek. Al Quran,
Zikir, ma'thurat, solat Malam sik leh kerja ngan sidak..kamek
nang sik boleh campur ngan sidak..
Diri : kamek sik pernah minta kitak cuti
Iman : giney kamek maok kerja sedangkan kitak udah ada 'pekerja
tambahan'? kamek liat sidak molah kitak gembira..
Diri : Argh, gembira apa ya..Berterabur kerja d pejabat ya!!Tolonglah,
kerjalah ngan kamek balit
Iman : Kami nang udah berkhidmat ngan kitak dari kitak lam rahim
ibu kitak gik. Tapi, kitak kadang-kadang ngabeikan kamek.
kitak sediakan makanan pakei bos pekerja tambahan, En Dosa,
tapi kamek, kitak sik sediakan makanan. Kebajikan kamek sik
terjaga...
Diri : Maafkan kamek. kerja balit ngan kamek. kamek janji kebajikan
kitak semua kamek jaga,En Iman.
Iman : kitak boleh berjanji, tapi CEO kita akan mantau kitak, Dialah
Allah.kitak sikkan sik takut nabur janji tapi lupakannya?
Diri : ibohlah nyalahkan kamek.
Iman : kitak perlu sedar, kamek orang hanya bekerja lam syarikat nok
bersih, dan amanah..Bukanlah kamek maok mandang rendah
ngan jabatan baru En Dosa, tp kamek orang sik suka cara
sidak bekerja. sidak minggirkan mek orang
Diri : Dah ya kitak sik melawan?
Iman : Tuan, giney mek orang maok menang? mek orang terlalu
lemah, sikit gik ya, kebajikan mek orang langsung kitak sik
jaga..Sedangkan mek orang sik pernah minta gaji dari
kitak.Cuma mek orang
minta disedia ruang nok bersih dan amanah pakei mek orang
kerja. salahkah mek minta sikit
tok?
Diri : sidak kadang-kadang lebih menggembirakan kamek
Iman : mun camya maafkan mek orang. sik dapat rasa mek orang
kerja ngan kitak gik.kitak perlu beri kebajikan pada
sidak.Siapalah mek orang tok..
Diri : Ehh, iboh cam ya..kerja ngan kamek
Iman : Buanglah pekerja ya..sik minta-minta dari kitak.kitak perlu
berhabis jutaan ringgit pakei sidak. Sedangkan mek orang,
khidmat percuma
Diri : Aduh, sidak pekerja nok menggembirakan kamek.nang tak orang
percuma, tapi tak orang kadang-kadang gago, tok sik boleh, ya
sik boleh..kamek rimas
Iman : (senyum sinis)..Maafkan mek orang tuan..mek minta diri
lok..sik perlulah mek orang berkhidmat ngan kitak mun cam
ya..mun perlukan kamek, mek orang sentiasa di sisi..kitak iboh
riso, mek maafkan kitak..
Diri : iboh pergi..kamek sanggup pecat En Dosa..ngan ahli
jawatankuasanya, vcd, majalah nok melalaikan, semua kali
Iman : kitak benar-benar sanggup?
Diri : aok, kamek kelam kabut nek tok..sik tenang,management
berterabur..
Iman : Alhamdulillah. .mek orang free of charge..kitak sikkan rugi,
tapi kitak beroleh besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan
naikkan kitak ke pangkat nok lebih tinggi
Diri : ma kasih..=)tunggah ajk tak orang bekerja balit. En Iman,
kamek akan jaga kebajikan kitak, tunggah En ma'thurat, En
Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan kitak ok?
Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun
tok dan seterusnya
Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..
Ini sekadar analogi mudah.. Begitulah diri kita.. Kitalah bos dalam syarikat kita. Jabatan dalam diri kita hanya ada dua. Jabatan Iman dan jabatan dosa.Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-pekerja kita. Memang susah untuk kita memenuhi setiap kehendak pekerja kita, memang susah untuk memastikan pekerja kita berbaik..Kerana antara iman dan yang dosa tidak mungkin bercampur. Bagai air sungai yang jernih, dimasukkan ke dalam gelas, segar
dan nyaman air itu..Namun apabila bercampur dengan lumut, selut dan kekotoran lain, maka begitu sukarlah untuk membersihkan kembali. Begitu juga dengan pekerja kita, andai terlalu 'diternak'
satu jabatan, maka jabatan lain akan terpinggir.
Saturday, September 22, 2007
Friday, September 21, 2007
Antara sedar dan tidak...
Dustaku,
Tipuku pada kamu,
Kata-kataku semua sekadar di bibir,
Mengundang murka Tuhan,
Membibitkan kebencian manusia,
Aku tahu aku tipu,
Aku tahu aku berdusta,
Tapi...
Ah aku hanya mencari alasan!
Diusik syaitan, lari... lari...
Mereka datang, pergi... pergi...
Jauhkan diri...
Tenggelam lemas dalam mimpi,
Hidup dalam khayal,
Kering hati, bersendiri,
Hakikatnya, aku langsung tak mengerti,
Antara sedar dan tidak...
Tipuku pada kamu,
Kata-kataku semua sekadar di bibir,
Mengundang murka Tuhan,
Membibitkan kebencian manusia,
Aku tahu aku tipu,
Aku tahu aku berdusta,
Tapi...
Ah aku hanya mencari alasan!
Diusik syaitan, lari... lari...
Mereka datang, pergi... pergi...
Jauhkan diri...
Tenggelam lemas dalam mimpi,
Hidup dalam khayal,
Kering hati, bersendiri,
Hakikatnya, aku langsung tak mengerti,
Antara sedar dan tidak...
Tuesday, September 11, 2007
Bunga api dan bunga api
Pada 2 september 2007, saya menemani umi membawa sekumpulan guru agama Islam bersiar-siar di putrajaya melihat hari terakhir acara letupan bunga api. Guru-guru ini datang dari Thailand dan berkunjung ke Malaysia untuk menghadiri kursus di sebuah maktab di bangi. Sempat saya berkenalan dan berborak dengan beberapa orang guru Thailand tersebut. Banyak ceritanya, seronok dan sedih saya mendengarnya.
Kami bertolak ke putrajaya selepas maghrib dan tiba kira-kira jam 930 malam. Jalan cukup sesak, maklumlah hari terakhir acara bunga api ini. Ada yang datang dengan keluarga tak kurang juga dengan pasangan dan ‘pasangan’. Ada yang datang dari jauh, semata-mata untuk melihat bunga api. Tak lupa juga golongan muda mudi motoran. Sememang cukup ramai orang yang berkumpul di dataran masjid putrajaya.
Sejurus tiba saya dan umi segera menunaikan solat isya’ di masjid berwarna merun, yang tersergam indah, cantik di luar, tapi.... hanya ada seorang dua yang solat dan mengaji al-Quran. sayu hati apabila berada di dalam masjid. Sebak di dada, tapi tak tahu mengapa. Timbul pelbagai persoalan dalam minda. Apa yang aku perolehi dengan melihat bunga api ini? Berdiri mendongak ke langit mata melihat percikan api dari belerang yang terbakar kemudian habis, itu saja?
Melangkah saja keluar masjid umi sudah menunggu, dan bunga api pun mula meletup-letup di udara... dalam keasyikan manusia menonton bunga api, saya masih tertanya-tanya dan berfikir akan persoalan-persoalan yang timbul tadi... lalu Allah memberi Ilham...
kita menanti saat dan waktu muncul bunga api,
mereka menanti saat bunga api hilang untuk menyelamatkan diri
kita lari berpusu-pusu mendekati bunga api,
mereka lari lintang pukang menyelamatkan diri dari percikan bunga api
Anak-anak dan keluarga kita bawa melihat bunga api,
mereka membawa anak-anak dan keluarga lari bersembunyi dari bunga api
kita tertanya-tanya bunga api ini dari negara mana? Kanada? Jepun? Malaysia?
Tetapi mereka hilang nyawa kerana bunga api tanpa sempat bertanya,
Kita sebut wah! Wow! Cantik! Apabila muncul bunga api, mereka sebut Argh! Argh! Sakit! terkena bunga api!
Kita gembira tatkala bunga api terpancar dan meletup di udara, mereka gerun dan gentar, gelisah dan ketakutan saat bunga api meletup depan mata
Langit kita dipenuhi bunga api,
langit mereka dipenuhi pesawat melancarkan bunga berapi,
Di langit kita bertalu-talu bunga api memancar, meletup-letup tanpa henti,
tetapi mereka bertalu-talu menerima bunga api yang pasti meletup mengundang mati,
kita lihat banyak percikan bunga api, berwarna-warni, hijau, merah, kuning, biru, ungu,
tapi mereka lihat banyak percikan darah angkara bunga api dan warnanya cuma satu, merah!
Bersyukur kita hidup hari ini dalam suasana aman, namun dalam aman jangan kita lupa pada mereka yang dahagakan keamanan dan berjuang demi keamanan dan keadilan. Malaysia sudah 50 tahun merdeka, api perjuangan tetap menyala berterusan di mana-mana sahaja, tak kira masa, tak kira bangsa apa, tak kira agama apa. Yang haq akan berdiri, yang batil akan tumbang. Ya Allah letakkanlah aku dalam golongan pejuang agamaMu!

Subscribe to:
Posts (Atom)