Tuesday, July 6, 2010

3 BULAN BERTAUT KASIH


Tit! Tit! Telefon bergetar dan berbunyi nada dering mesej pesanan ringkas.

“Anak-anak mama sihat ke? Teringat pada anak-anak mama”

Barang kali keriuhan di tempat kerja oleh telatah nakal “anak-anak” terngiang-ngiang di kepala.

“Jom rehat” mesej lain yang diterima tatkala sedang mengadap computer di rumah. Lalu aku pun membalas, “Jom, ada duit syiling tak”. Kepala menerawang mengimbas masa-masa yang berlalu….

3 bulan lalu
12 April 2010. Hari pertama aku berdiri di hadapan sebuah kilang Jepun untuk latihan praktikal. Hati berdebar-debar Dup! Dap! Dup! Dap! Siapa bakal aku temui hari ini? Siapa bakal supervisor aku?

“So, sekarang I will choose among you all those to be in receiving. You, You, You and You. You too”. Pengurus receiving, Encik Tan Ben Tong memandang aku sebagai “You” terakhir. Uh, siapa lagi “You” yang lain selain aku?

Hakimi, Taufik, Shukur dan Izwan
Mereka ini generasi bawah aku. Cuma hakimi yang lahirnya di Terengganu sama tahun dengan aku. Hakimi aku kenal sewaktu berkhidmat dalam tentera, orang yang pernah dimarahi aku.

Taufik? Kenal lebih awal kerana pernah sekelas. Peramah sungguh orang kedah ini. cemburu pula dibuatnya. Semua orang jadi kawannya.

Shukur pula agak berisi badannya dan berjambang halus kemas di wajahnya. Belum pernah jumpa di universiti. Shukur punya minat yang sama dengan aku, memasak! Dan dia orang Jawa sama juga dengan aku.

Yang terakhir adik Izwan yang pantas mendahului rakan-rakan generasinya untuk latihan Praktikal. Juga tidak pernah aku jumpa di universiti meskipun sama pengkhususannya. Tidak jumpa kerana aku yang sudah tua. Tanggapan pertama aku pada mereka berubah dalam 3 bulan…

Supervisor
“hari ini saya bawa kamu jalan-jalan” wanita bertubuh kecil inilah supervisor kami. Sekali pandang macam Didie Elias pelakon.

“Siapa nama akak?” pertanyaan terlontar di dalam van syarikat.

“Rohaya binti Zakaria”

“Akak ambil jurusan apa?”

“Pengurusan Teknologi”

“Di?”

“Diploma” erm.. aku menjadi pelik…

“Di?”

“Diploma” eh, aku pelik lagi…

“Tak, maksud saya di mana?”

“Oh, saya ingat kamu tanya diploma ke degree” tergelak semua orang dalam van. Aku ke yang salah? Ya, kerana soalannya tidak betul…


Bersambung...

6 comments:

  1. hahaha.. ada permintaan 2 bro..
    hmm.. wlopn the last 'You', dia xkan menyesal..
    Good luck n all the best!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum setap~~~ ^_^

    Yang nama bro Shukur yang dikata jawa tu, macam kenal je (eceh tetiba). Beliau dulu sekolah SAMJEY ke?

    ReplyDelete
  3. Kecik, seingat setap ya. Dia duduk di kapar, Klang.

    ReplyDelete
  4. Haa macam betul jek! Ada je pelajar SAMJEY yang duduk area Kapar. Senior saya tu rasanya.

    ReplyDelete