Tuesday, April 28, 2009

Manusia dan Kucing


Aduh laparnya, dah beberapa hari tak makan. Anak-anak aku pun kelaparan. Merengek mereka sebentar. Minta disusukan. ”Miau, miau. Pergilah bermain dahulu sementara ibu mencari makanan”. Ke hulu ke hilir aku melangkah. Meminta sana meminta sini. Namun tidak diperolehi makanan. Orang yang ku kenal lama juga tidak mahu memberikan apa-apa padaku, pada anak-anakku.

Dua tahun lamanya. Itu tempoh si ibu kucing dijaga oleh tuan rumah itu. Ini kali ketiga ibu kucing itu beranak. Melihat gelagat si ibu kucing dengan 3 ekor anak-anaknya yang terbaru, hati menjadi seronok. Kadang-kadang si Gendut, Rusgi dan Comot bermain-main bersama. Bergusti antara satu sama lain. Berlarian-larian dalam rumah. Telatah mereka ’kawai’. Geram! dicium-cium, dipeluk-peluk si Gendut, Rusgi dan Comot..

Dahulu seekor adik-beradik kucing ni mati di lenyek kereta. Oleh kerana peristiwa itu, lelaki yang selama ini cukup sukar menangis, bergaya rock akhirnya mengalirkan air mata kerana melanggar si anak kucing itu hingga hilang nyawanya. Sedih sangat. Kucing bukannya ada 9 nyawa pun, karut!

Namun kerana tekanan dari jiran-jiran,
”Kucing ni dah buang najis di laman rumah saya”.
”Semalam ada kucing masuk rumah. Curi lauk, mencarik langsir rumah saya. Kucing awak ke tu?”. ”Eh, bukan! Kucing lain tu!”

Bila dikhabarkan kepada seisi rumah, kucing ni perlu dihantar ke satu tempat lain. Masing-masing terdiam. Masing-masing berwajah sugul. Sedih, tak sanggup rasanya. Sayang. Comel. Namun keputusan perlu dibuat. Ke mana hendak dihantar kucing-kucing ni? Kena cari tempat yang senang nak cari makan. Tempat yang banyak kedai makan. Tak pun kawasan pasar.

Hari itu, dimasukkan 4 beranak kucing itu ke dalam kotak. Mengiau si ibu kucing. Sayu... sayu sangat. Terasa seperti hendak disumbat telinga supaya tidak mendengar ngiau si kucing meminta belas. Kali ini tidak pula meragam perangainya bila dibawa naik kereta. Dahulu semasa dibawa naik untuk berjalan-jalan tak keruan dibuatnya. Melompat ke sana sini dalam kereta, mencakar-cakar. Tapi kali ini elok pula. Seakan tahu hari itu menjadi episod sedih buat kucing itu sekeluarga.

Berpusing-pusing kereta mencari tempat yang paling sesuai untuk kucing-kucing itu. Teringat satu rakaman video tentang seekor singa betina yang dijaga dua orang lelaki hingga besar. lalu akhirnya dilepaskan ke habitat asal singa itu. Setelah beberapa tahun dilepaskan, dua orang lelaki itu kembali semula ke tempat singa itu. Apakah si singa masih kenal akan tuannya? Saat bertentang mata, si singa perlahan-lahan berjalan menuju ke tuannya. Tiba-tiba berlari menerkam kedua-dua tuannya. Menjilat manja wajah orang yang telah membelanya hingga dewasa. Berpelukan haiwan itu dengan tuannya. Diusap-usap. Digaru-garu. Binatang yang ganas pada cirinya bermesra dengan tuannya setelah bertahun tidak berjumpa. Kenangannya masih ada. Cukup mengharukan.

Apakah si ibu kucing akan masih ingat pada tuannya andai bertemu semula? Bagaimana pula dengan si Gendut, Rusgi dan Comot? Mungkin tidak, kerana tiga beradik itu masih kecil. Hmm... siapa tahu.

Maha Suci Tuhan yang menjadikan segala makhluk. Dihadirkan kasih dan sayang sebagai suatu nikmat yang tiada tandingan!

3 comments:

  1. salam, kenapa tak dimandulkan kucing tu, kesian dia. last-last kena buang....

    ReplyDelete
  2. Salam, klu dikasi cam x adil bagi kucing tu kan? dihantar tmpt lain bukan kerana beranak banyak tapi kerana sudah mengganggu jiran. hak jiran perlu diutamakan, kan?

    ReplyDelete
  3. boleh dikasi, sebab kucing mampu membiak setiap 5 bulan sekali, setiap kali beranak 3-4 ekor, dan anak-anaknya akan matang selepas 6 bulan dan akan beranak lagi masing-masing setiap 3-4 ekor pula.

    dan setiap ekor kucing yang lahir tu juga perlu diberi makan, ubat jika sakit, dan tiap hari akan kencign dan berak. ini yg menyumbang kepada kemarahan jiran juga.

    walupun ada pendapat yg menegah, tapi ada yg benarkan, atas sebab2 yg sy ckp kat atas, dan juga sebab2 lain:

    "Therefore, we say that if there is some benefit in neutering the cat and if that will not cause its death, then it is permissible."

    http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503545246

    Apa yg sy maksudkan ialah, kucing yg saudara buang tu, perlu di kasi sblm dibuang. sebab dia akan membiak dan membawa masalah kepada orang lain (di tmpat kucing tu dibuang) pula. dimandul bukan utk merampas hak kucing tapi mmg utk menjaga hak orang di situ, dan kasi juga akan menyelesaikan masalah kucing kencing merata-rata.

    berkenaan dgn najis, sebenarnya kita kena ajar dia guna litter box/kotak najis utk membuang, dan bukannya di halaman (apa lagi di halaman jiran), dan ini semua sebenarnya boleh di latih.

    kalau kat negara luar, sesetengah tmpat di amerika menetapkan peraturan pemelihara kucing kena ajar kucing guna litter box dan bukannya kebun rumah jiran.

    ada cara sebenarnya camna nak pelihara kucing, tanpa mneyusahkan jiran, tapi mungkin sebab kita tak tau sbb tak byk didedahkan di media.

    panjang la pulak komen ni huhuhu :p

    ReplyDelete