Tidak bias selamat menjadi pewaris sorga jika didalam hatinya ada sebesar zarah takabur, sombong. Kedengkian akan membakar habis semua amal yang kita kumpulkan. Semoga Allah mengurniakan kita qalbun salim, hati yang bersih selamat, kerana orang yang bias bertemu Allah ialah orang yang punya Qalbun Salim. Kalo ingin sukses
1. beribadah dengan benar.
2. berakhlak baik.
3. belajar dan berlatih tanpa henti – setiap hari masalah berubah, keperluan berubah, seandainya masyarakat sibuk belajar, tiada ada waktu untuk dibuangkan, untuk bermain-main.
4. bekerja keras dengan cerdas – setiap kali berbuat jadi pahala, setap kali bekerja jadi nambah baik citra diri kita, setiap kali kerja tambah saudara, tambah ilmu, tambah orang merasakan manfaat dari kerja kita. Tidak boleh berfikir untuk licik, tidak jujur, tidak mendapat apa, dia tidak dapat barakah harta, hancur nama, hancurnya kepercayaan orang, hancurnya persahabatan.
5. bersahaja dalam hidup – akibat kita punya ilmu, kerja kita bagus, Allah memberi rezeki kepada kita lebih dari memadai.
6. Bantu tetangga, Bantu sesama supaya setiap orang maju, cirinya ialah dia memajukan keluarganya, memajukan sanak saudara, tetangga, dia maju dan dia juga memajukan, kesuksesan adalah dengan menyukseskan orang lain, hilang pahala kerana riak.
7. bersihkan hati selalu, semua perilaku tergantung pada hati, orang yang berhati bersih, fikirannya jernih, cenderung lebiuh sihat, tidak ada stress, punya daya sentuh, daya rubah, kata-kata tidak perlu kalau lahir dari hati yang bersih.
(ini adalah catatan dari Kuliah Ust Aa'gym, dari audio kepada tulisan)
Saturday, March 29, 2008
Nilai Kegagalan
Kesusahan dan keperitan hidup,
Mengajar kita erti dewasa,
Memberi peluang untuk kita dekati,
Pada Tuhan yang sering kita lupa,
Sesungguhnya nilai kegagalan,
Lebih berharga dari kejayaan.
(nilai kegagalan - saujana)
Jika anda adalah seseorang ketika berjaya,
Lalu siapakah diri anda jika anda gagal?
dan siapa pula yang mengatakan kita gagal?
siapa yang menetapkan ini adalah gagal,
itu adalah berjaya?
sesungguhnya tidak ada satu standard manusia pun yang boleh menyatakan kita gagal.
kerana standard Tuhan yang terbaik, kerana Dia Maha Tahu
Tuhan Maha Tahu, yang lebih penting...
Ganbatte ne!!!

Kala Malam
ucapan salam kepada makhluk yang melata, gelap malam mula berlabuh, menutupi sinar sang suria di ufuk barat. Perlahan-lahan warna jingga, merah jambu dan kuning pudar ditelan biru, kelabu dan hitam. Berputar bumi pada paksi, menjadi penyebab siang diganti malam. Bintang-bintang mula bertaburan. Memancarkan sinar yang berkerdipan di langit tinggi menghitam. Dalam pekat malam bercahaya bintang berbeza gemerlapnya, ada yang terang ada yang malap lantaran jauh jaraknya. Timbul bulan memantulkan cahaya mentari yang sedap dipandang, indah kuning sebati putih di renung mata. Awan-awan berarak perlahan ditiup angin lembut menghiasi dan menyerikan langit kelam yang menjadi waktu manusia berehat sementara sebelum bangkit di sepertiga malam bermunajat pada Kuasa Agung yang Menciptakan. Dalam dingin, cengkerik asyik menggesek kakinya, menambah melodi alam gempita.
Terbuka sepasang mata, merenung malam dari jendela. Lantas bibir mengucap syukur, tiba masa mendirikan malam. Mengalir jernih air dari paip yang dipulas cukup sekadarnya. Bersih air dialirkan pada tangan, mulut, muka, tangan kepala, telinga dan kaki. Teliti dan tertib. Selesai sudah proses penyucian dosa-dosa kecil yang lerai bersama air wudu’. Disucikan bahagian-bahagian tubuh bagi persediaan menghadap Yang Haq. Dililit serban dikepala tampak kemas beserta jubah yang bersih dan harum disapu wangian penyegar dan penyedap rasa. Lalu dihampar alas sujud tegak menuju ke Kaabah kiblat solah. Beralun dinihari dengan ucapan takbir memulakan gerakan pengabdian ruh. Menyerah diri, menghadapkan hati, dahi mencecah bumi, sujud pada Ilahi..... SubhanAllah... saat paling hampir dengan Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)