Wednesday, April 27, 2011

Kerinduan

Kerinduan itu…

Kerinduan itu bersalingan

besama tangisan. Kerinduan itu tanpa pertemuan


Kerinduan itu

Cinta yang bertaut dari kepercayaan

Kepercayaan atas kekuatan keperibadian,

Kepercayaan kerana kehebatan dan kebaikan,


Kerinduan itu

teramat mendalam

berbaur kerisauan. Kerinduan kerana betapa kasih dan sayang,

Kerinduan itu sangat menakjubkan…

Tidak terbayangkan…


Kerinduan itu

Terlerai setelah penantian panjang,

Usai dunia berakhir…

(Gombak, April 2011)

Monday, April 11, 2011

Ya Sattar! Oh, Concealer!

"Wahai Yang Maha Menyembunyikan, sembunyikan rahsia kami, sembunyikanlah aib kami, sembunyikanlah hal kami yang bisa membawa fitnah, sembunyikanlah cacat cela dan kekurangan kami! Ya, Sattar, usah biarkan kami membuka aib kami! Cukuplah hanya Engkau yang mengetahuinya..."

"Ya Mujib, perkenankanlah..."

"Ya Ghaffar, ampunilah kami..."

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
La Ilaaha Illahu, Al Malikul Quddoos
(God is Greater, God is Greater
There is no god but Him, the King, the Most Holy)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Rahmanu irham dha'fana
(O Most Compassionate! Have compassion on our weakness)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Ghaffaaru ighfir thunoubana
(O Forgiver! Forgive our sins)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Sattaaru ostour 'ouyoubana
(O Concealer! Conceal our defects)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mu'izzu a'izza ummatana
(O Bestower of honour! Bestow honour on our Ummah)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mujeebu ajib duýaa'ana
(O Responsive One! Answer our prayers)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Lateefu oltof binaa (x3)
(O Gentle One! Show gentleness to us)

Oltof binaa
(Show gentleness to us)

(...)

Saturday, April 2, 2011

Tatkala Kesunyian

Andai kesunyian, carilah Dia,

Kesunyian itu memberi ruang untuk kita lebih dekat dengan Dia,

Berkhalwat dengan Dia,

Hanya diri sendiri dan Dia, tiada yang mengganggu,

Begitulah Rabiatul Adawiyah,

Sendiriannya itu bersama dengan Tuhan,

Bangkit di sepertiga malam yang sunyi,

Kerana saat yang sunyi menenangkan,

Kerana saat yang sunyi itulah peluang kita bersama Dia,

Tanpa gangguan,

Peluang untuk hati merasakan kehadiranNya

Jadikan kesunyian itu peluang kita lebih dekat,

Lebih dekat kepada Yang Sentiasa Menemani,

Maka, bersabarlah dengan kesunyian itu,

Manfaatnya akan tiba kelak…