"Wahai Yang Maha Menyembunyikan, sembunyikan rahsia kami, sembunyikanlah aib kami, sembunyikanlah hal kami yang bisa membawa fitnah, sembunyikanlah cacat cela dan kekurangan kami! Ya, Sattar, usah biarkan kami membuka aib kami! Cukuplah hanya Engkau yang mengetahuinya..."
"Ya Mujib, perkenankanlah..."
"Ya Ghaffar, ampunilah kami..."
Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaaha Illahu, Al Malikul Quddoos (God is Greater, God is Greater There is no god but Him, the King, the Most Holy)
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Rahmanu irham dha'fana (O Most Compassionate! Have compassion on our weakness)
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Ghaffaaru ighfir thunoubana (O Forgiver! Forgive our sins)
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Sattaaru ostour 'ouyoubana (O Concealer! Conceal our defects)
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Mu'izzu a'izza ummatana (O Bestower of honour! Bestow honour on our Ummah)
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Mujeebu ajib duýaa'ana (O Responsive One! Answer our prayers)
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Lateefu oltof binaa (x3) (O Gentle One! Show gentleness to us)
Hati: lemahlah di hadapan Pemilikmu Hati: Gentarlah apabila disebut Asma' Allah Hati: Bertambahlah iman apabila dibaca ayat-ayat Tuhan Hati: Teguhlah di hadapan makhluk Hati: Memberilah setulusnya Hati: Sucilah dengan Ikhlas Hati: Usahlah berprasangka Hati: Tanyalah jika gundah dan ragu Hati: Jangan terpedaya nafsu menggoda Hati: Jangan tertipu syaitan membisik Hati: Jauhilah melatah Hati: Berpalinglah pada kebenaran Hati: Tetaplah pada yang SATU
Berjiwa-jiwa dengan akal dan iman Kerana hati merasa dan memberi Fikirnya jauh Tindaknya dekat Rasanya dalam Prasangkanya cetek ___________________________________________ Catatan: Barangkali ada yang melihat puisi-puisi aku pandangnya lain :). Aku membaca sebuah antologi 5 dekad Dato A.Samad Said, puisinya juga berjiwa-jiwa kerana lahir dari jiwanya... (mula-mula, terkejut juga. Pak Samad ada menulis puisi jiwa-jiwa juga rupanya...) Ah, hati yang bolak-balik, tetapnya bila dengan Tuhan!
Tit! Tit! Telefon bergetar dan berbunyi nada dering mesej pesanan ringkas.
“Anak-anak mama sihat ke? Teringat pada anak-anak mama”
Barang kali keriuhan di tempat kerja oleh telatah nakal “anak-anak” terngiang-ngiang di kepala.
“Jom rehat” mesej lain yang diterima tatkala sedang mengadap computer di rumah. Lalu aku pun membalas, “Jom, ada duit syiling tak”. Kepala menerawang mengimbas masa-masa yang berlalu….
3 bulan lalu 12 April 2010. Hari pertama aku berdiri di hadapan sebuah kilang Jepun untuk latihan praktikal. Hati berdebar-debar Dup! Dap! Dup! Dap! Siapa bakal aku temui hari ini? Siapa bakal supervisor aku?
“So, sekarang I will choose among you all those to be in receiving. You, You, You and You. You too”. Pengurus receiving, Encik Tan Ben Tong memandang aku sebagai “You” terakhir. Uh, siapa lagi “You” yang lain selain aku?
Hakimi, Taufik, Shukur dan Izwan Mereka ini generasi bawah aku. Cuma hakimi yang lahirnya di Terengganu sama tahun dengan aku. Hakimi aku kenal sewaktu berkhidmat dalam tentera, orang yang pernah dimarahi aku.
Taufik? Kenal lebih awal kerana pernah sekelas. Peramah sungguh orang kedah ini. cemburu pula dibuatnya. Semua orang jadi kawannya.
Shukur pula agak berisi badannya dan berjambang halus kemas di wajahnya. Belum pernah jumpa di universiti. Shukur punya minat yang sama dengan aku, memasak! Dan dia orang Jawa sama juga dengan aku.
Yang terakhir adik Izwan yang pantas mendahului rakan-rakan generasinya untuk latihan Praktikal. Juga tidak pernah aku jumpa di universiti meskipun sama pengkhususannya. Tidak jumpa kerana aku yang sudah tua. Tanggapan pertama aku pada mereka berubah dalam 3 bulan…
Supervisor “hari ini saya bawa kamu jalan-jalan” wanita bertubuh kecil inilah supervisor kami. Sekali pandang macam Didie Elias pelakon.
“Siapa nama akak?” pertanyaan terlontar di dalam van syarikat.
“Rohaya binti Zakaria”
“Akak ambil jurusan apa?”
“Pengurusan Teknologi”
“Di?”
“Diploma” erm.. aku menjadi pelik…
“Di?”
“Diploma” eh, aku pelik lagi…
“Tak, maksud saya di mana?”
“Oh, saya ingat kamu tanya diploma ke degree” tergelak semua orang dalam van. Aku ke yang salah? Ya, kerana soalannya tidak betul…
Malam. Gelanggang bola keranjang yang sudah merekah simennya. Pohon-pohon di sekeliling ditiup lembut sang bayu. Dalam kelincahan di gelanggang, dia tegar menuntut ilmu persilatan. Belum ku kenal dia. Fokusnya tidak terganggu dek telatah yang lain. Namun sesekali dia menguntum senyum.
“Balik rumah”. Dia senyum bersama kumis nipisnya. Motosikalnya dilap-lap. Helmet terletak di antara tempat duduk dan bakul motosikal.
“Balik rumah lagi. Sebetulnya bukan minggu yang sudah kau dah balik?”
“Haah, minggu ni balik lagi”. Senyum lagi. Seakan dia sangat gembira dengan memberikan jawapan tersebut.
”Ai, rindu ke?” sengaja mengusik. Dia senyum.
”Aku ni bukan apa Wan. Mak ayah aku, aku kena jengok selalu. Orang tua. Dua-dua dah tua. Lebih-lebih lagi bila dekat, kena balik selalu”. Jawapan itu membuatkan mulutku terkunci. Ringkas tapi membuatkan aku terdiam dan berfikir. Dia anak yang baik. Anak, yang soleh, insya Allah. Aku doakan.
Sepanjang ingatan aku, apabila bertemu, pasti dia yang menguntum senyum dahulu. Pasti dia yang memanggil namaku dahulu. Wan! Tanpa pernah putus mengutus senyum. Ramahnya tak pernah menyakiti hati. Akhlaknya juga baik. Bila berborak bersama, tidak pernah bosan. Senyumnya pula seperti tidak pernah jemu! Tambahan kumisnya terkadang membuat aku ketawa kecil dan selalu ku tegur.
Dia ini boleh dikira sekampung. Walaupun nama kampungnya lain, tapi boleh dikira sekampung lah. Bagaimana boleh tahu sekampung aku tak ingat. Setiap kali balik kampung, mesti nak ziarah. Niat sahaja. Selalu tak dapat. Tempat tahu dah, sampai tak juga. Bila nak balik semula ke kota, adui! Tak pergi rumah dia!. Tak apa. Balik kampung lain kali kena pergi rumah dia.
Hati hendak sangat pergi sebabnya dialah satu-satunya kawan sekampung yang aku betul-betul kenal. 11 tahun di Sarawak, tidak memungkinkan aku untuk membina kenalan dan rakan di kampung. Sejak kecil dibawa merantau. Jadi aku sangat-sangat menghargai dan seronok bila bertemu orang kampung. Aku ini berjiwa sentimental kampung.... Makanya, aku harus menziarahi dia dan keluarganya.
Akhirnya, aku balik ke kampung. Kali ini tekad menziarahi dia. Kereta di bawa meluncur di atas jalan raya. Menelusuri jalan-jalan kampung. Perasaan aku... tidak tergambarkan. Sudah tiba. Ya, di sini. Banyak kereta sudah ada. Orang pun agak ramai. Tempat yang tidak jauh dari rumahnya.
Tanah Perkuburan Islam.
Senyumannya tidak sempat ditatap.
Ziarah ku untuk dia rupanya di rumah yang selebar 3 kaki dan 7 kaki dalam...
Al-hubb itu apa sebenarnya? Al-hubb antara yang berbeza, Antara ro dan nun, Bersatunya memenuhi sunnah, Bersatunya menjadi ibadah, Bersatunya menuruti perintah,
Hadir padaku yang aku tidak tahu, Yang ada belum tentu, Memilih? apakah ini saatnya? Atau sebenarnya belum sampai waktunya? Memutus yang terbaik bagi semua Maslahah semua yang utama,
Enggan bermadah pujangga Enggan menitip kata meruntun rasa Agar tidak layu jiwa diperdaya Jelas perlu jelas, kabur ditinggalkan Mengharap jangan dibiarkan Yakinlah ada dia untukmu Dan ada dia untukku
Biarlah engkau yang menentukan, Sememangnya Engkau penentu, Terkejar ku tidak, Membiar juga tidak, Ya Allah, Engkau dan RasulMu, Pilihan utamaku,
Saat ini, Kukuhkan setiap langkahku, Berderap langkah bertaruh setiap nadi Bangkit memuliakan hidup, Menggenggam nafas akhir syahid,
(Semoga aku tidak berbohong kepada diri sendiri)
”Ya Allah, di saat aku ditimpakan ujianMu, Kuatkan imanku, tegarkan kesabaranku, palingkanlah aku di atas ketaatan kepadaMu eratkan genggaman ku terhadap agamaMu, hindarkan aku dari terpedaya, lindungi aku dari kata dusta dan fitnah-fitnah, Engkau tempat aku kembali, Engkau tempat berlindung,Tetapkan cintaku rinduku padaMu, pada RasulMu“